Pages

Showing posts with label Ni la kawan. Show all posts
Showing posts with label Ni la kawan. Show all posts

Thursday, February 21, 2013

For You sahabat! See u all!! 030313

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa


Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh


Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku


Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku


Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu


Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku


Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku




Monday, December 31, 2012

Club bertunang :)


Assalamualaikum!! Hai!! :)
Eh eh!! Sejak bila orang bertunang ni ada club?? kikiki... "Welcome to the club" Ada orang cakap, kawan kita ramai dah bertunang. Lepas ni kita pula yang masuk Club ni.. Yeke?? kikiki.. Bestnye... Tak sabar tau...hahaha.. :D

Tahniah la kepada siapa yang dah masuk ke alam pertunangan ni. Ingat, cabaran dan dugaan semua datang daripada Allah.. Bersabarlah dalam dugaan. :) Masa belajar di Kuim dulu, selalu borak pasal kawen2.. Teka2 siapa akan kawen dulu laa.. Siapa dapat anak dulu laa.. haha.. Bila ingat balik, rindu betol zaman gosip2 sampai tengah malam tu.. :)

Sekarang realitinya, dah 2 orang kawan kita yang belajar di Kuim bertunang. Ni bukan gosip2 lagi macam dulu. Betol2 dah ni..hehehe.. After korang, kita la pulak.. Doa2 kan lah kita tau.. :D 

Tahniah kak nad!

Tahniah kak ika!



Thursday, December 20, 2012

Walimatul Urus Nusaibah & Utsman

Hai!! Assalamualaikum!!

20/12/12

Hari ni akad nikah kak ibah kita. Lepas zohor tamatlah zaman bujang dia. hehe.. :) Kak ibah bertemu jodoh dengan abang kawan baik kita sellah. Untung selah dapat kakak ipar macam kak ibah.. :) 

Kak ibah ni sebenarnye senior kita masa sekolah rendah sampailah menengah. Masa kita darjah3, kak ibah (Nusaibah) kak ayu (Hidayu) dengan kak mah (Fatimah Zahrah) dorang ni la banyak menolong/menjaga kita masa kita 1st time masuk asrama. Budak kecik masuk asrama, tahu2 jela kan. Semua kerja tak tahu, sampaikan basuh baju, mandi, hahaha kita pernah kene mandikan diorang tau.. kikiki :D


#2006
 kak ibah (Nusaibah)


#2006
kak ayu (Hidayu)

#2006
kak mah (Fatimah Zahrah)

Masa ni, mereka baru mula nak sambung belajar ke Yaman bersama abang kita. Ramai sangat yang datang KLIA untuk hantar mereka. Bertuahkan.. :)

Sampailah menengah, kita dah pandai sikit berdikari. Kita tingkatan 1, mereka tingkatan 3. Kak ibah dari dulu sampai sekarang, comel je orang nya, kecik macam kita.hehe.. Kak ayu ada perubahan sikit. Daripada dulu tembam (gemok) dan sekarang kurus macam lidi. hehe.. Jangan marah kak ayu. Kak mah pulak, sama macam kak ibah, kurus je..tak besar2.. :)

Lepas 2hari, majlis resepsi mereka. Tapi kita tak dapat pergi. Ada majlis lain. Sorry kak ibah. Kita doakan majlis kak ibah berlangsung dengan lancar nanti. Insha-Allah amin.. :)

Kita ingatkan kak ibah sorang, rupanya adik dia pun sekali kawen.. Untung ko Mutiah (SarahMutiah) dapat kawen awal.. Semoga kalian berdua bahagia hingga ke syurga. Amin.. :)

Thanks sudi baca! :D

Wednesday, December 5, 2012

Love Story Nieza & Amir

Hai!! Assalamualaikum!!

This is true love story.. 1st ialah Amir.. Dia bekas senior kita masa sekolah menengah dulu.. Sama class dengan abang Syahmi kita pulak tu.. Berkawan dengan kawan class kita Nieza.. Alhamdulilah berkat kawan masa sekolah dulu, diorang mengambil keputusan untuk berkahwin.  

Abang kita cakap Amir ni memang gigih cari duit untuk berkahwin. Yang paling sweet, masa abang kita kahwin, diorang datang sama-sama bawak hadiah besar. Then kali ni giliran Amir, abang kita pun bawak la hadiah. Sekali dengan hadiah kita bagi dah 2 tau diorang dapat.. hihihi.. Rezeki Nieza la kan..  







Kita pun tak tahu abang bagi hadiah apa, sebab kita sampai dulu daripada abang kita.. Maklum lah, buah hati duduk dekat PJ jugak. Taman Medan tu memang tempat dia lah kan.. Sweet nye time awak jemput saya hari tu.. Thank you awak.. Tak sesat pun sebab ada awak.. :)

Sampai je dewan Taman Medan, kita orang pertama rupanya sampai.. kikiki.. Bangga kejap. :D Lepas je jumpa penggantin, second group pula datang, MyzaReez and kakak mak dia. Tak lama pula, najwa and aesya. Abes je makan, wanie and family. Lambat la wanie ni, tak sempat nak borak lama.. Kita dah nak balik.. :) 




Pengantin pun nak fotoshot kat luar petang tu.. Lama jugak kita lepak kat dewan sampai petang kot.. kikiki.. Maklumlaa, dah lama tak jumpa si "dia".. Time tengah posing dengan member, mak borak dengan future husband. cewah!! :D Mama dia nak cepat kan pertunangan kami. Tapi kalau kahwin, saya tak nak cepat2 tau!! Saya nak save money dulu sebelum kahwin.. :) Thank you awak sebab faham saya.. 





Eh! Eh! Hahaha.. Tetibe boleh naik palamin sama2 depan mak.. Kita dating bukan berdua ok.. Kita dating selalu bawa satu kampung.. Mak mesti jadi orang tengah.. Nak borak2 pun mak pasang telingga.. Hahaha.. Alhamdulilah mak izinkan kita berkawan.. Sabar betol awak untuk dapatkan saya. hihi terharu!! :) Semoga bahagia selamanya.

Thanks sudi baca! :D

Monday, December 3, 2012

Love Story MyzaReez

Hai!! Assalamualaikum!!

Wewitt!! Myza (mek) kita dah kawen.. Best nye.. Jelez tau tak.. Kita doakan semoga kawan kita ni bahagia selalu disamping suami tercinta.. Walaupun kitorang single lagi, mek jangan lupa kitorang tau.. Kitorang sayang Myza (mek).. :)

10/11/12 Majlis Akad Nikah Myza&Reez berlangsung. 





Kita diberi amanat oleh pengantin untuk menjadi dulang girl.. kikiki.. Comell nye semua.. Macam sama tinggi je kan.. hehehe.. 




After this, Majlis Resepsi 11/11/12..

Kita tak dapat hadir la sebab ada masalah family. Genap la setahun kita dapat kakak ipar and abang kita bergelar suami orang. Hari yang sama juga, mak kita ada prob dengan abang. Tak dapat la kita nak pergi majlis bff kita ni. Kalau ada prob dengan abang, dengan kita sekali terkene. Hisss nasib. 

Tapi tak pe, kita dah kirim hadiah kan Myza. Kita bagi time korang tengah honeymoon. :) kikiki.. Nasib kita datang rumah mak Myza ada. Kalau tak, marah kang kawan2 kita sebab pengang hadiah diorang lama2.. hehehe.. Sorry boby, wawa, ecah.. :) Maafin!! 
 
Kita doakan Myza (mek) cepat2 dapat cahaya mata.. Mesti comell!! kikiki.. Rezeki daripada Allah.. Abang kita pun dah setahun kawen tak ada rezeki lagi.. In Sha Allah, Allah bagi rezeki awal pada Myza (mek).. Amin!!


Thanks sudi baca!! :D


Sunday, September 2, 2012

R.a.Y.a with him 11 Syawwal


I hope i will with you until Jannah.
I hope i can be a perfect future wife with you.

I see you! My future husband.

Tuesday, June 12, 2012

Malu itu separuh daripada iman :)

Assalamualaikum!

Hai Semua! Senang untuk kita ungkapkan kata-kata "rindu" pada seseorang kan. Lagi-lagi yang dah lama sangat tak berjumpa. Saya ada seorang kawan yang sangat-sangat lembut hati dia seperti kaca. Bila dah lama tak berjumpa, dia boleh menangis depan kita. Tanda rindu dia sangat mendalamkan. :D


Saya bukan saja rindu kawan-kawan saya tapi saya rindukan awak sangat-sangat! Mr MMZ!


Nak tahu satu rahsia tak? Tapi tak jadi rahsia la kan kalau dah bagi tahu. 
Jangan bagi tahu dia tau, yang saya cakap kat you all ni.
Dia ni kan, pemalu tau. Bila saya pandang mata dia lama-lama, mula la tak tentu arah! Ha Ha Ha!
Tengok la tu, pandang bawah je bila nak cerita. 
Saya kan suka pandang mata orang bila dengar orang cerita. Bila nak pandang mata dia je, mesti malu-malu..hahahaha!

*Malu kan separuh daripada iman. :)

#Thanx sudi baca! :D

Monday, December 26, 2011

Masalah jodoh bukanlah tentang “siapa dia?”. Tapi “bagaimana aku..?”

1. "Dalam diam aku tertarik dengan sifatnya, ilmunya, akhlaknya, ketampanannya, gaya pemakaiannya. Aku diam kerana aku tahu dia milik ALLAH, aku hanya perlu minta kepadaNYA." 
Semua orang mahukan lelaki yang soleh. Ingin miliki suami seperti kamu. Tetapi, layakkah aku? 
Semasa kita di pejabat, semua orang dah keluar 'lunch' tapi kita tidak henti menyiapkan kerja. Aku masih ingat lagi, hanya kita berdua sahaja di pejabat, Kamu tidak dekat kepada aku, malah kamu juga keluar dari pejabat setelah sedar yang kita hanya berdua. Dalam hati aku "kenapa kamu keluar?" Astafirullah! Kotornya hati aku.
2. "Anda belum matang sekiranya LEBIH banyak mengucapkan kalimah ‘I LOVE YOU’ berbanding kalimah zikir seperti SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH dan ALLAHU AKBAR!"
Aku tahu aku belum matang, Ilmu kamu jauh lebih tinggi dari aku. Lelaki yang miliki ilmu yang tinggi serta amalan nya berterusan. Tetapi aku? Aku hanya seorang yang tidak lagi mampu untuk melakukan amalan yg berterusan seperti kamu. Aku lalai dengan dunia.Astafirullah!
3. "Lelaki banyak tanggungjawab, aku hanya perlu bersabar" 
Aku tidak seperti kamu ramai adik beradik yang perlu kamu tanggung, tapi aku tetap terus bersabar menunggu kamu. Layakkah aku menunggu kamu untuk menjadi yang halal kepada kamu? Don't give up! And...
Never say Good Bye!

Wednesday, October 19, 2011

Lepas rindu!


EhaLySyaNies ♥ Bff 4ever !



# Rase nak lempang je muka adik pakai baju ijau tuh! hehe


  
 * Yang tgh tu amik berkat. Haha! Nak jgk kawen. ^_^


 lepas jgk rindu dgn u all !


 # Tahniah Salilah & suami - Solehah & suami #
* Semoga kekal bahagia hingga ke syurga. Amin!




 Al-kisah mak ayah nak solat asar lps kenduri, alang-alang lps solat kat sni, jumpa mek sy ni :)


Lepas rindu jgk dgn mek sy ni! Tahniah mek!



Monday, August 1, 2011

Ahlan Wasahlan Ramadhan

Sesungguhnya bulan Ramadhan ini hanyalah sekali sahaja setahun. Ucaplah SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar, sebagai tanda kehambaan. Tidak semua orang dapat merasai apa yang kita rasa ketika berpuasa. Melaikan orang itu benar-benar beriman. Jika berpuasa sekadar tahan lapar dan dahaga, bagaimana pula dengan amalan-amalan lain ketika berpuasa?




Ketika semua umat islam sedang menunggu datangnya bulan yang mulia ini, 3 hari yang lepas saya telah hadiri ke Istiadat Konvokesyen kUiM di Sri Ngeri Melaka. Alhamdulilah majlis berjalan dengan lancar ketika saya berada di atas pentas untuk menerima anugerah daripada Perdana Menteri Melaka Ali Rustam.




Ini merupakan penganugerahan kami bersama selama 3 tahun di kUiM. Walaupun umur saya berbeza dan lebih muda dengan yang lain, hanya Allah sahaja yang tahu hati kami ketika bersama :)





Tahniah semua! Ada rezeki kita jumpa lagi, Insyallah. Selamat berpuasa :)

Saturday, July 30, 2011

kisah bohong dari awak

Salam. Hari ni mud ok campur tak ok. hehe.. Sebenarnya terharu sangat orang yang kita sayang bersusah payah datang dari jauh sebab nak buat kita bahagia. :) Tapi saya tak suka orang bohong dengan saya. Lagi-lagi awak yang saya sayang.
  1. Awak kata esok awak nak datang melaka tapi sebenarnya awak tengah dalam bas.
  2. Awak kata awak dalam bilik sekarang tengah kemas-kemas baju, tapi sebenarnya awak baru sampai melake.
  3. Awak kata awak berbuka puasa di rumah dengan mama awak sebab awak puasa nazar tapi rupa-rupanya di rumah kawan awak Melaka Sentral.



Makan malam saya jadi tak tenteram bila kawan saya kata dia jumpa awak tadi. Awak nak hadiahkan saya sesuatu pada malam tu tapi saya masih tak percaya kata bohong awak tu. :)

Tuesday, July 19, 2011

Tunggu ku!

Salam.. Hye ade benda nak bagi thu.
Tapi jap eh



28 Julai 2011 hari konvo !
27 Julai dinner !
26 Julai rehearsal !

Tapi esok 20 Julai saya dah datang melaka. Jalan-jalan sebelum konvo!
Ok jumpa u all di sana ye.
Miss u all.
Muahh!!
Okbai :)


Monday, July 18, 2011

PetunjukMU.

Assalamualaikum! Alhamdulilah setelah selesai exam final, we all mendapat result yang cemerlang. Dengan berkat Allah, kesungguhan lect mengajar dan juga usaha kami, masing-masing memperoleh anugerah dekan pada sem6 yang terakhir ni. ALHAMDULILAH!

Walaupun ada rintangan dan juga cabaran daripada mereka yang dengki dan pendengki, hasutan dan ejekan, tomahan dan busuk hati, dendam dan cemburu, saya memaafkan mereka. Saya tahu, dalam dunia belajar, ada yang tidak mahu kita cemerlang. Tapi saya tetap tabah sehingga penghujung sesi pembelajaran diploma ini.

Firman Allah dalam surah Al-A'raf ayat 199 :
"Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh"

Di dalam zaman nabi sendiri, baginda mempunyai banyak ringtangan ketika menampaikan dakwah. Jadi, kita sebagai umat yang mengikuti sunnah nya, haruslah mengikuti ketabahan baginda. Dan setiap kejadian itu, pasti ada kebaikkan disebaliknya. :)


Sunday, July 17, 2011

=> Hasilan yang pertama <=

Assalamualaikum..

"sesungguhnya pelindungku adalah Allah yang telah menurunkan kitab (Al-Quran). Dia melindungi orang-orang soleh" al-a'raf : ayat 196.



Lecturer paling spoting! :)




















hahaha! Muka kak kin takut ngn hantu !!


Ni lah hasil tangkapan ku yang pertama
. Sesi fotografi oleh adeq niesa :)

Hey you all !
3 tahun kita kenal.
Adeq doakan supaya Allah melindungi kita semua.

Cepat amin ramai2.
AMMMMMMMIIIIIIIINNNNNNNNNNNNN !!!!!!!!!!!!!!!!


Thursday, June 23, 2011

Seloka untuk mereka

Dari sem1 hingga sem6 laa,
Setia di KUIM kadang2 fikir nak pindah daa,
Gelak ketawa & menangis sentiasa bersama,
Inilah dia DP Hawok diingatan selamanya..

Dari Pulau Pinang datang ke Melaka,
Masakan kari paling dia suka,
Nadia Othman orangnya ceria,
Tapi bila exam mula kerut pening kepala..

Dari jauh nampak macam lidi,
Dia juga yang paling tinggi,
Kalau bab makan dia no1 sekali,
Syafiqah Azman suka perasan sendiri..

Matanya bulat menggoda sekali,
Bila bagi nasihat tiada noktah henti,
Siapa tak kenal kakak DP ni,
K.Nad besar gelaran diberi..

Mukanya bujur berseri selalu,
Usikan taik lalat hitam, muka jadi biru,
Datang ke KUIM suka pakai baju ungu,
Syadatul Umira orangnya pemalu..

Dia sporting tapi malas jalan kaki,
Kereta putihnya selalu tumpangkan kami,
Muka macam singa tapi hati ada taman & berbudi,
Shakinah Kamarudin suka ikut perasaan sendiri..

Jawatan ceti orangnya comel sekali,
Sengkek habis duit poket kami,
Tengok Hp asyik senyum sendiri,
Adeq Niesa nama diberi..

Bila dalam kelas tak mahu bertanya,
Kawan baik selalu tolong padanya,
Terlupa barang sikit mula mengelabah,
Anak Samat namanya Afifah..

Pangkat TYDP jawatan diberi,
Ikan keli paling diminati,
Bila ketawa tak tahu nak berhenti,
Siti Shallehaton anak kelahiran negori..

Peminat setia lagu Korea dia,
Time exam nak markah tinggi je,
Kalau boring kucing dicarinya,
Rasa-rasa Asnida lah orang nya..

Seloka dibuat saja suka-suka,
nantikan lagi dari saya... HAHAHA!!! JANGAN MARAH..
 

Monday, March 28, 2011

Tuesday, March 22, 2011

Monday, March 21, 2011

Dinner hawaii


Fakulti Perhotelan buat dinner. So ade orang sponser saya dinner malam ni. RM10 tau seorang :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...