Pages

Monday, December 26, 2011

Masalah jodoh bukanlah tentang “siapa dia?”. Tapi “bagaimana aku..?”

1. "Dalam diam aku tertarik dengan sifatnya, ilmunya, akhlaknya, ketampanannya, gaya pemakaiannya. Aku diam kerana aku tahu dia milik ALLAH, aku hanya perlu minta kepadaNYA." 
Semua orang mahukan lelaki yang soleh. Ingin miliki suami seperti kamu. Tetapi, layakkah aku? 
Semasa kita di pejabat, semua orang dah keluar 'lunch' tapi kita tidak henti menyiapkan kerja. Aku masih ingat lagi, hanya kita berdua sahaja di pejabat, Kamu tidak dekat kepada aku, malah kamu juga keluar dari pejabat setelah sedar yang kita hanya berdua. Dalam hati aku "kenapa kamu keluar?" Astafirullah! Kotornya hati aku.
2. "Anda belum matang sekiranya LEBIH banyak mengucapkan kalimah ‘I LOVE YOU’ berbanding kalimah zikir seperti SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH dan ALLAHU AKBAR!"
Aku tahu aku belum matang, Ilmu kamu jauh lebih tinggi dari aku. Lelaki yang miliki ilmu yang tinggi serta amalan nya berterusan. Tetapi aku? Aku hanya seorang yang tidak lagi mampu untuk melakukan amalan yg berterusan seperti kamu. Aku lalai dengan dunia.Astafirullah!
3. "Lelaki banyak tanggungjawab, aku hanya perlu bersabar" 
Aku tidak seperti kamu ramai adik beradik yang perlu kamu tanggung, tapi aku tetap terus bersabar menunggu kamu. Layakkah aku menunggu kamu untuk menjadi yang halal kepada kamu? Don't give up! And...
Never say Good Bye!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...