Pages

Monday, March 28, 2011

Tuesday, March 22, 2011

Monday, March 21, 2011

Dinner hawaii


Fakulti Perhotelan buat dinner. So ade orang sponser saya dinner malam ni. RM10 tau seorang :)



Sunday, March 20, 2011

Tempat berdating yang sesuai

Hai Asalamualaikum!

Kami hanya berkawan, tapi berkawan boleh jadi pada hubungan lain kan? Ok tak kisah orang nak cakap apa. Berani mati itu perkara biasa yang pernah ku buat. Letak je gambar ni di FB, ramai dah tertanya-tanya.

Lagi-lagi famly lah kan. Sampai bakal kakak ipar pun siap call aku lagi nak kan kepastian. Aku jarang on9 FB, so dengan hp la yang mereka akan berhubung dengan aku. Mula-mula mak macam dapat tahu, kemudian kakak ipar, pastu abg dan ramai lagi. Macam nak tutup hp je rasa. HAHAHAHA!!! Nasib baik mak spoting.

Tampat yang sesuai untuk berdating mesti orang akan fikir kat wayang, taman, tasik ke kan? Tak...bagi aku kat pasar malam ke baru best. Ramai skit orang kan. Selain pasar malam, kat kenduri kahwin pun ok jugak sebab si dia boleh kenal semua keluarga yang ada kan. "keluarga angkat" . Kemudian tempat awam yang lain seperti Mcd, kFc, Pizza hut dan kedai mamak. HAA!!KAN???

So pilih la tempat yang bersesuai supaya tiada orang ketiga ( syaitan ) ketika anda berdating. Kan lebih baik, betul tak?
  1. Mcd
  2. Kenduri Kahwin
  3. Pasar malam
Selamat beramal ~~~~> (^_^)
Sumber ditulis khas oleh :
[ Niesa & Maal ]

Wednesday, March 16, 2011

Tahniah!


ni ustaz saya. kami datang bawa kek ke rumah penggantin perempuan :)
p/s : semoga bahagia untuk selamanya ye.. :)



kek ni dari subang tau!! cantik kan kek ni? dari subang ke negeri sembilan.

baru lepas nikah akak ni. (amik berkat) HAHAHA!!!

Monday, March 14, 2011

Selamat tinggal nenek (T____T)

Assalamualikum!

Kadang-kadang, semua orang pelik dengan perangai saya. Dalam ketawa, ada tangisan. Dah lama saya diamkan diri. Saja sibukkan diri dengan jalan-jalan KL-MELAKA macam mid-ktm mid. hahaha!

Pada 8.3.2011 (3.30petang) ,

Nenek saya telah kembali ke rahmatullah. Walaupun arwah hanya nenek tiri, tapi kasih sayang yang diberi seperti cucu kandung. Dari KUIM ke MUAR, hanya sejam perjalanan saya ke sana. Dalam keadaan kaku, beku dan pucat, nenek terlantar di atas papan. Hati sayu melihat tubuh nenek dimandikan dalam keadaan tubuh yang pucat. Hanya mak yang kuat untuk mandikan nenek. Saya hanya mampu perhatikan dari tepi ketika tubuh nenek disiram air.
 
Dalam keadaan kaku, saya dekatkan diri ke tubuh nenek yang sedang dikapankan. Ku menatap wajah nenek dengan hati sayu. Hanya saya seorang cucu yang berada di tepi nenek ketika nenek dikapankan. Mana cucu kandung nenek? Mereka hanya perhatikan dari jauh saja. Kenapa??

Nasi sudah menjadi bubur. Tak perlu ditangisi lagi walau hati sebenarnya tidak sedih. Kenapa ada lagi cerita seperti SI TANGGANG pada zaman ini?? Sedih hati ku terkenangkan kisah nenek dengan cucu dan anak kandungnya.

Setiap kali musim raya menjelma, nenek akan buat kiraan pada kelendar tarikh saya dan keluarga saya untuk pulang ke MUAR. Nenek seperti hanya ada kami dalam hidupnya. Wajah gembira tak terkata jika kami sampai di depan pintu rumah nenek. HAH!! Mula la aksi peluk cium rapat-rapat...lama-lama... Tak sampai berapa minit, nenek ke dapur untuk memasak. Kalau kami ke dapur juga, mesti disuruh ke depan. Tak pun, nenek akan suruh kami tidur kerana nenek tahu kami kepenatan, lagi-lagi ayah yang drive.

Masakan nenek tak kan ku lupa ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG kegemaranku akan nenek buat. Gulai dan sambal belacan kegemaran mak dan ayah. Bertambah-tambah nasi sampai perut senak kami makan. Tapi nenek tak suka menyusahkan orang. Jika diajak tinggal dengan kami, macam-macam alasan diberi.

Tepat jam 4.00 petang, saya mencium dahi nenek untuk kali terakhir. Hatiku sayu pabila ku cium dahinya dan ku usap-usap kepalanya. Bertambah sayu pabila terdengar suara mak menangis di tepi nenek. Mak ku adalah yang paling rapat dengan nenek. Segala masalah, mak akan selalu bercerita dengan nenek jika pulang ke kampung. Sekarang bagi mak, "sudah tiada tempat mengadu lagi". Luahan hati mak kepada ku.

Masuknya azan z0h0r, jenazah nenek dibawa ke masjid. Sesudah solat jenazah, nenek dibawa ke tanah perkuburan berdekatan rumah lama nenek. Arwah nenek sangat baik hati dan penyanyang. Semoga Allah tempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman. AMIN!!!

Thursday, March 10, 2011

Saya ada famly angkat tau!


HAHH!!! Yang atas ni akk angkat saya jadi pengapit.. Yang kawin ni,sepupu girl.


Kami semua sepupu :)


Mereka adik beradik + spupu angkat saya :)


Kami adik bradik angkat :) Kirin adik yang senget!!!


Saya pun nak kahwin jugak!! HAHAHA!! Boleh tak??


Akak angkat saya comei kan.. Tengok umi dengan ayah la..
hAhAhAhAhAhAhA!!!!!!!!!!!!
Sebenarnya, saya ada 3 keluarga angkat...
Banyakkan....
1st keluarga angkat kak najma+pipah ni..
pastu keluarga kak nadiah muhammad..
and than keluarga kak aisyah salleh..

Walaupun saya ramai keluarga angkat, 
Mak saya tetap tahu anak nya ada di mana tau!!
Rasa macam ramai orang sayang saya... hehehehe.... LOL!!!!!

Wednesday, March 9, 2011

Kalau saya nak tinggi macam awak boleh?

Hye...
Kenapa awak tinggi sangat ni?jeles saya tau. Macam mana saya nak tinggi macam awak eh? Mesti kecik-kecik dulu awak suka gayut kan. Kalau tak, macam mana awak boleh tinggi kan. hak3.

Eleh, awak hanya tinggi yang boleh lebih dari saya, tapi berat saya lagi ringan dari awak tau! hAh!!! Awak tinggi dan berat, tapi saya rendah dan ringan. Mana lagi ok sebenarnya?

Tapi saya tetap tak puas hati, sebab awak lagi kurus dari saya.!! mana aci macam ni!!

HaH!! dah macam tangga dah kan? tapi sape lagi tinggi???jeng jeng jeng....

Thursday, March 3, 2011

If i relationship with u

Aku....
Ingin engkau ada di sini..
Menemani ku saat sepi..
Menemani ku saat gundah..

Berat....
Hidup ini tanpa diri mu..
Ku hanya mencintai kamu..
Ku hanya memiliki kamu..

Aku... 
Rindu..  
Setengah mati kepada mu..
Sungguh ku ingin kau tahu...
Aku rindu setengah mati...

Meski..
Palama kita tak ketemu..
Ku selalu memimpikan kamu...
Ku tak bisa hidup tanpa mu..


Di Taja Oleh : Lirik lagu :)

Wednesday, March 2, 2011

KaRnival Usahawan

Assalamualaikum~ ~ ~ ~ ( @ _ @ )



Nak cerita sedikit boleh? Macam ni. Ada la orang tanya kepada seseorang ni. Soalan yang mudah tetapi susah untuk menjawab. Memandangkan Fakulti Inovasi Perniagaan & Perakaunan mengadakan karnival keusahawanan, macam-macam orang lah yang kami jumpa kan. HAAA...Nak tahu tak? Macam ni cerita nya......

SI A : "Hye! Nak tanya soalan boleh? 
Apakah maksud usahawan??"

SI B : "Usahawan pun tak tahu?"

SI A : "Kalau saya tahu, saya tak tanya awak."

SI B : "Usahawan tu, orang yang mencipta sesuatu dan sanggup menanggung risiko.
kalau dia takut untuk mengambil risiko, bukan usahawan lah tu."

SI A : "Oh! Macam mana dengan strategi seorang usahawan?"

SI B : "Seorang usahawan itu perlulah kreatif. Pemikiran dia berbeza dengan
seorang peniaga biasa. Paham?"

SI A : "Oh!!! Yeke.. Baru lah saya tahu. Terima Kasih..."

SI B : "Sama-sama..." (muka kerut) dalam hati, apakah tujuan dia tanya ni?
Macam-macam soalan yang timbul.

HAAAA.....Macam tu lah ceritanya. Soalan yang senang tetapi susah untuk menjawab. Kalau orang tu tak belajar apakah maksud usahawan, agak-agak dia tahu tak jawapan tu? Mesti dia akan jawab, "Entah la, saya pun tak pasti". Lebih kurang macam tu lah kan. 

Ok, sebenarnya cerita ni tidak ada kene mengena dengan yang hidup mahupun yang mati. :)

Direka khas oleh : Adeq Niesa :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...