Pages

Showing posts with label *Kerjaya*. Show all posts
Showing posts with label *Kerjaya*. Show all posts

Sunday, July 17, 2011

=> Hasilan yang pertama <=

Assalamualaikum..

"sesungguhnya pelindungku adalah Allah yang telah menurunkan kitab (Al-Quran). Dia melindungi orang-orang soleh" al-a'raf : ayat 196.



Lecturer paling spoting! :)




















hahaha! Muka kak kin takut ngn hantu !!


Ni lah hasil tangkapan ku yang pertama
. Sesi fotografi oleh adeq niesa :)

Hey you all !
3 tahun kita kenal.
Adeq doakan supaya Allah melindungi kita semua.

Cepat amin ramai2.
AMMMMMMMIIIIIIIINNNNNNNNNNNNN !!!!!!!!!!!!!!!!


Monday, June 27, 2011

Resepi Monday.

Hye TOLONG lah paham!!!
Ayam yang disunting lebih bahaya daripada orang yang merokok tau.
BETOL.. Ade kajian dah buat.
Kalau nak makan ayam, beli lah ayam kampung.

Hari ni saya nak kongsi cara masakan tom yam yang sedap. Tom yam honey namanya. Sebab nama saya hanisah! HAA...KAN... HAHAHA!! Kalau nak cuba, cuba lah di rumah yea..

BAHAN-BAHAN :
150 gram daging (dipotong nipis)
150 gram ayam (dipotong dadu)
1 paket cendawan tiram kelabu (dicarik)
1/2 batang lobak merah (dipotong bulat)
30 gram kubis bunga (dipotong)

1 tangkai daun saderi
2 cawan air / secukupnya
1 labu bawang besar (dipotong bulat)
2 batang serai (diketuk)
7 helai daun limau purut (basuh dulu tau)

5 biji cili api (dipotong serong)
1 tangkai daun ketumbar (dipotong)
2 kiub tomyam
garam secukup rasa
2 sudu makan minyak masak

CARA-CARA MASAK :
1. Macam biasa la, panaskan minyak. Then tumis bawang besar, serai,
cili api, daun ketumbar, daun sederi & daun limau purut. Tumis sampai naik bau.

2. Then masukkan kiub tomyam, daging & ayam. (kacau jap)

3. Masukkan 2/3 cawan air. Biar sampai mendidih dan
daging masak.

4. Tambahkan sedikit garam.

5. Kacau dan siap.

HAaaa..... Senang je kan? Bak kate orang tua-tua, orang buta pun boleh buat. Kalau makan di kedai, mungkin 3 atau 4 ringgit tomyam. Bahan sikit lak tu. Kalau buat sendiri, baru puas nak makan kan. Nikmat dunia makan dengan nasi panas-panas dengan sambal belacan. Perh!! Nyam3.. Selamat mencuba.. :)

Ditulis oleh : Adeq Niesa

Wednesday, March 2, 2011

KaRnival Usahawan

Assalamualaikum~ ~ ~ ~ ( @ _ @ )



Nak cerita sedikit boleh? Macam ni. Ada la orang tanya kepada seseorang ni. Soalan yang mudah tetapi susah untuk menjawab. Memandangkan Fakulti Inovasi Perniagaan & Perakaunan mengadakan karnival keusahawanan, macam-macam orang lah yang kami jumpa kan. HAAA...Nak tahu tak? Macam ni cerita nya......

SI A : "Hye! Nak tanya soalan boleh? 
Apakah maksud usahawan??"

SI B : "Usahawan pun tak tahu?"

SI A : "Kalau saya tahu, saya tak tanya awak."

SI B : "Usahawan tu, orang yang mencipta sesuatu dan sanggup menanggung risiko.
kalau dia takut untuk mengambil risiko, bukan usahawan lah tu."

SI A : "Oh! Macam mana dengan strategi seorang usahawan?"

SI B : "Seorang usahawan itu perlulah kreatif. Pemikiran dia berbeza dengan
seorang peniaga biasa. Paham?"

SI A : "Oh!!! Yeke.. Baru lah saya tahu. Terima Kasih..."

SI B : "Sama-sama..." (muka kerut) dalam hati, apakah tujuan dia tanya ni?
Macam-macam soalan yang timbul.

HAAAA.....Macam tu lah ceritanya. Soalan yang senang tetapi susah untuk menjawab. Kalau orang tu tak belajar apakah maksud usahawan, agak-agak dia tahu tak jawapan tu? Mesti dia akan jawab, "Entah la, saya pun tak pasti". Lebih kurang macam tu lah kan. 

Ok, sebenarnya cerita ni tidak ada kene mengena dengan yang hidup mahupun yang mati. :)

Direka khas oleh : Adeq Niesa :)

Thursday, February 10, 2011

Pencetus idea (@+@)

HELLO.....ASSALAMUALAIKUM!!!!!!!!


DIPLOMA IN MARKETING SEMESTER 1,2,3,4,5 and 6.


Kali ni,  the last sem, ana telah membawa mereka semua ke tempat pemprosesan bebola dan juga sos. Oh ye, kenapa tajuk ni pencetus ideakan. Kalau nak tahu, gelaran ni diberikan oleh En.Hadi kepada ana :) En.Hadi adalah pegawai yang telah memberikan seminar kepada kami sebelum membuat lawatan ke kilang.

Kalau anda nak tahu, bebola ikan yang di makan oleh kita itu, kenapa dia kenyal? boleh picit-picit lagi sebab bebola tu lembutkan. Jawapannya, mereka telah memasukkan sesuatu di dalam bebola itu tanpa kita ketahui. Oleh itu, belilah produk Islam yang dibuat sendiri oleh orang Islam. Ana telah membawa mereka untuk menyaksikan sendiri cara pemprosesan bebola ikan di HPA HALAL HUB SERKAM, Melaka.


Kiri (Asnida) kanan (Niesa). 

Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang telah banyak membantu ana untuk menjayakan program ini. Program ini telah diusahakan oleh semua Diploma In Marketing semester 6. Kami semua golongan perempuan sahaja tau dalam semester 6. Kaum Adam sudah pupus..hehe.. Jangan ingat perempuan tak boleh buat program tau!! Tak lupa juga kepada dua orang pensyarah yang telah mengikuti program ini iaitu Pn Zurairah dan Pn Ruslinawati. Tq (^_^)

Ana tertarik pada satu artikel in, khas untuk wanita-wanita diluar sana..


Wanita, biar tawadukmu lebih menggungung daripada kejelitaanmu, biar keayuanmu terpancar dek kerana lemah gemalainya perilaku. Biar kebijaksanaanmu terpampang oleh tingginya ilmumu. Jangan sesaat pun kau lupa setianya Masyitah pada Tuhannya, agungnya kasih Khadijah kepada agamanya dan perjuangan srikandi-srikandi agama terdahulu.

Wednesday, January 26, 2011

Hello from Niesa !!

Photos with the new camera!

My Boss!! Kak Halimatun Saadiah.

With Kak Ina

With Kak Rohaiza

Kanan- Kak Hanim & Kak Sharniza

"Group Marketing"

Ucapan dari Boss :) I Miss U All!!!

Nyam3.. 2 Bakul ayam KFC and 2 PIZZA HUT besar punya :)

With Kak Ecah.. Like baby siter I.. Dia la yang jaga I sampai pipi I jadi tembam!! I Like...


I Miss U All... Staf Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia jalan Ipoh :)

# ........................................ # ......................................... #

blog yang telah lama tersimpan di dalam draf. Hari ini baru free nak masuk kan pic ni. Opsss... terlebih suda... Kau Ada? Tak de kan? So jangan nak jelez dengan I oK!!! Walaupun I tak dapat gaji, tapi I dapat hadiah yang banyak sangat.....HEEEHEEEE!!! ( Gelak riang ) Thanx semua... Saya hargai pemberian anda :)



Tuesday, January 11, 2011

Permulaan kehidupan baru

Assalamualaikum.

-3 Januari 2011-
Alhamdulilah i baru sahaja mendaftar sem baru (sem6) untuk kali terakhir belajar di KuIm ni. Lepas 4 bulan je lagi i akan tamat belajar dan sekaligus memegang segulung Diploma di tangan. Doa kan i dapat yang terbaik ok.

InsyaAllah dengan izin Allah, I akan sambung pada Ijazah pula. Di mana nanti akan datang i akan bagi tahu. Yang terdekat ni i ada 2 pilihan iaitu UKM & UITM. 

(7 Januari 2011)
Subhanallah terharu bila kita disambut dengan meriah. Ala-ala majlis perpisahan antara i dengan Yadim. Mereka telah sponser kFc 2 bakul, and than pizza hut 2 kotak besar punya. Terharu sangat-sangat. Terima Kasih semua.

Images will be continue....

*11 Januari 2011*
Dirumah orang, kita susah menjadi diri sendiri,
Dirumah orang, kita sering mencuba menyesuaikan diri,
Dirumah orang, kita selalu menjadi serba salah,
Dirumah orang, kita selalu dalam keadaan malu-alah,
Dirumah orang, kita selalu mengalah.

Kali ke3 sering bermimpi pada laki yang sama. Bersediakah aku menjadi orang baru di rumah orang?

Friday, December 31, 2010

Kisah pwtc , yadim & pkaktikal


Assalamualikum..

Hari dalam sejarah saya menjaga booth di PESTA BUKU KANAK-KANAK tahun ni yang berlangsung di PWTC. Wah!! Hampir 100 booth yang mengambil bahagian dalam pesta buku ni. Antaranya booth yang saya jaga Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Selain itu booth pts, karangkraf, saba islamic media, mph & banyak sgt.  Ramai  kanak-kanak yang datang termasuk artis seperti Wardina, Ramli Sarip, S Samad Said, penulis-penulis novel, komik & wartawan dari tv3 , tv9 dan wartawan baru dari tv al hijrah iaitu ketua kumpulan nasyed devotes.




Alhamdulilah ...

Tamat sudah latihan industri saya di ( YADIM ) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Gembira + Teruja + Sedih = (",) Macam-macam perasaan yang timbul apabila habis praktikal. Kerja akaun yang saya buat, akan saya jadikan pengalaman pada masa hadapan. InsyaAllah saya tak akan lupakan jasa baik anda semua yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya terutama kak ton, kak aziah, abg zam, abg muzamil, abg mus, kak lenny, kak anim, kak rohaiza, kak sharniza, kak ina, abg fairus, abg sani & semua lah.haha ramai sgt.. Terima kasih semua. Walaupun pergi nya saya dari Yadim tanpa bos saya sebab dia cuti, saya akan selalu mengigati mereka. 

Terima Kasih sekali lagi ('',) 


"dua golongan dari ahli neraka, belum pernah saya lihat ialah segolongan manusia memegang cemeti seakan-akan ekor-ekor sapi ( sebagai alat mereka memukul orang ramai ) . Dan golongan yang lain iaitu kaum wanita berpakaian separuh telanjang yang mengajak / menjadi contoh buruk bagi wanita lainnya, berjalan lenggang-lenggok, rambutnya disasak sebagai bonggol unta miring; golongan wanita ini tidaklah akan masuk syurga, bahkan tidak akan dapat mencium baunya walaupun baunya itu semerbak sejauh perjalanan dan tempat ini dan itu"  

(H.A.Razak:terjemahan Shahih Salim;jld.3)

Oleh itu, insaflah wahai wanita-wanita sekalian. Hidup dan mati ditangan TUHAN. Buatlah azam baru pada tahun 2011 ini. Saya ingin mengigatkan pada kawan-kawan dan juga diri saya sendiri.


Wallahualam..#__#


Saturday, December 11, 2010

Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya.



Novel adalah sebahagian daripada jiwa aku. Wah!!! 1st time aku jumpa penulis novel sendiri. Kak Ain Maisara seorang yang lembut jiwanya dan percakapannya. Kata-kata dia bermakna. Kami bertemu ketika Karnival JKR di Kuala Lumpur semasa aku mengadakan pamiran dan jualan buku-buku terbitan YADIM (YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA).


Membaca akan menambahkan ilmu pengatahuan. Tanpa membaca, kita mungkin akan sesat jalan. Dengan membaca juga, kita dapat mengisi masa yang terbuang. Daripada bercakap kosong, merempet, mengumput, mengata orang, lebih baik membaca. Tak kiralah baca buku novel ke, majalah, surat kabar, buku-buku ilmiah, kita akan dapat manfaat KAN??? 


Renung-renungkan.... 
Dan selamat beramal!!!!!

Wednesday, November 24, 2010

Seharian di Pejabat

Assalamualaikum..

Setiap hari saya akan bangun pukul 7 @ 7.15 and akan sampai pejabat kul8 @ 8.15 like that. Setakat ni 4 kali i lewat sampai sebab jem yang teruk tyme hujan and bangun lambat..hehehe.. salah saya jugak la kan.. sape suruh tidur lambat.

Start kerja dalam pukul 10.00 :)

Kul8 tu masa makan i and borak.. hahaha... Setiap pagi akan ada sarapan. So tak payah i nak beli. Untung kan jadi i. I like eat so much.. Bila dah start kerja, mula tension dengan kerja banyak.

I akan online bila i dah tension dengan kerja. Ni pun i type senyap2..hehehe.. JAHAT tak? Sikit laa... Balik pukul5 memang dah penat sangat and i akan tidur awal sangat.. Lepas insyak tau.. haha.. Jangan bagi tahu orang yang i online ok. Swwwwuuuuuuuuuutttttttttttt......................!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, November 22, 2010

Praktikal adalah pengalaman

Assalamualaikum..

Alhamdulilah syukur ke hadrat ilahi. Alhamdulilah sangat i dah dapat tempat praktikal. Setelah semua dugaan yang i tempuhi, iaitu dugaan kene tolak dari 2 syarikat untuk mengambil i praktikal. hahaha... sedih sangat di saat tarikh praktikal hampir, hanya aku sahaja yang tidak dapat tempat praktikal lagi. Ramai yang membantu aku memberi kan semangat, supaya tidak putus asa mencari lagi tempat. Aku mahu tempat praktikal kat KL, bukan kat MELAKA. Memang kat MELAKA banyak pilihan, tapi aku yang memilih..hehehe...

Setelah 2 minggu aku kerja, wah!! kerja!! work!! Aku sungguh bertuah daripada yang lain. Setiap pagi akan ada sarapan, padahal kerja opis ni..masuk kul8 keluar kul5, Kerja tak la sangat, makan je lebih..borak la bagai.. Best nye..mereke sungguh spoting... Bukak radio pOn x kisah.. Kerja aku di bahagian SERTOR PEMASARAN.bukan STOR. mak aku nampak macam STOR??aduiiiii....SERTOR LAH MAK... Memang kene dengan kos aku DIPLOMA PEMASARAN. Aku lebih banyak buat kerja pemasaran seperti invois, debet, and credit akaun.. Yang paling penat buat akaun.. tapi best abes lah...... Lagi best i dapat pergi UKM sebab ade FORUM anjuran YADIM. Dato' and Datin seperti sebaya nenek aku. Cool abes... Seperti VVIP aku and staf yang lain. Bayangkan tempat FORUM hanya staf yang terlibat sahaja and orang-orang VIP. Makan x payah cakap lah.... i like eat..

Thanx YADIM ( Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ) .... I like this work... 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...