Pages

Friday, May 30, 2014

Great Husband


Assalamualaikum!!
Alhamdulilah have a great husband. Hanya Allah je tahu. Asam garam dalam kehidupan sebagai suami isteri. Suka duka, gembira, sedih, semua di kongsi bersama. Thank you Allah give me husband like him. :)
 1st honeymoon. Jalan2 Melaka and bermalam di Muar, Johor. :) Masha Allah. Tak sangka dapat jalan jauh dengan husband berdua je. Semoga kita berdua lebih kenal diri masing-masing dan akan lebih belajar ilmu dunia akhirat selamanya. Amin! 


Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru!


Assalamualaikum!!

Selamat Hari Guru!! Genap 2bulan aku sebagai isteri. Pada hari yang sama adalah hari Guru. Terima kasih kepada cikgu-cikgu saya dari tadika hingga ke kolej, tanpa anda semua, aku tak akan sampai di sini ke menara tinggi. Thank you!! 
 Tadika Kemas Setapak.

Sekolah Rendah Setapak.

Sekolah Rendah Hulu langat.

Sekolah Rendah Serendah.

 Sekolah LuqmanulHakiem Johor.

Sekolah Tahfiz Darul Furqan Gombak.

Sekolah Kiblah Bangi.

Kolej Universiti Islam Melaka.


Thursday, May 15, 2014

Kisah Kita : Sanding


Assalamualaikum!!

Kali ni kisah sanding pula.. Mana la tahu nanti dah tua, anak2 buka blog ibu die boleh la die tahu kisah2 sanding ibu abah dia kan?? :D 

16.03.2014

Tarikh keramat bagi aku dan suami. Pukul 5 pagi aku dah terjaga dari tido. Siap2 kan meja makan beradab  merangkap "sanding" aku yang tertangguh tu. Pagi2 buta tu aku tengok semua tidur tak sedar diri.. Hehe.. Penat sangat la tu semalam nye gotong royong masak2. Ketua tukang masak awal2 dah bangun dari aku. Awal gile die bangun. Aku tengok ayah aku macam tak tidur. Sibuk sorang2 die tu pagi2 buta. 

Abes solat subuh, aku mandi. Maklum la, Selangor kan tengah catuan air masa tu, pengantin pon mandi satu baldi je tau. Alhamdulilah Pihak Syabas hantar air, angkut jugak la aku dengan sedara2 yg lain. Kesian pengantin. Hahaha!! :D

Pukul9.00 pagi, k.Noni (andam) dah sampai. Aku masih di luar sibuk red carpet aku tu dengan bunga2 lagi tak susun. Hahaha! Mak dah bising2 aku belum mek up lagi. Masuk je bilik, abg foto dah sampai. Dah siap, mula la sesi gambar dengan tetamu yang datang awal.

Lepas solat zohor, pihak lelaki dah datang. Rombongan suami dari masjid Serendah. Lepas solat, semua gerak ke rumah aku. Langkah je kaki keluar, terkedu lihat ramai giler tetamu. Semua mata tertumpu pada aku. Ya Allah malu nye (-,-)

Bila tengok muka suami, hilang rasa nerves. Masa tu tak pandang dah abang2 die kat belakang tu. Hahaha.. Ramai sangat rombongan suami bawa. Wan aku siap kire lagi brape orang rombongan yg datang. Hahaha..


Lepas jalan red carpet, makan beradap. And then bergambar lagi. Lepas asar je, abg foto bawa keluar untuk sesi bergambar diluar kawasan. Penat jugak la. Nasib ade suami kt sebelah, hilang rase penat tu. :)

Thank you korang yang datang awal2 giler tu. Yang jauh2! Yang doakan! Yang xdatang and doakan kami! Thank you!! Thank you mak ayah, keluarga belah mak, keluarga belah ayah, keluarga belah suami, tetamu yang cool, kawan aku kawan2 kiblah, kawan2 kuim, kawan dari kecik2 tu, kawan2 suami yang ramai giler dari aku dan tak lupe pengapit aku.

Thank you semua. Jiran2, tukang masak, dj sepupu aku "abg mirol", kumpulan kompang, abg foto, k.noni (andam),  k.liza (hiasan), kumpulan khemah jiran aku. Thank you! Semoga Allah balas jasa anda sekalian. Amin! :)


Tuesday, April 15, 2014

Kisah Kita : Nikah

 
 
15.03.2014
Assalamualaikum!!

Ehem ehem!! Dah genap sebulan jadi isteri. Macam tak percaya je. Semalam pun En Suami tanya lagi, "betol ke kita suami isteri ni?" Hahaha.. Kitorang tengah mud2 honeymoon lagi ni sebenarnya.

Banyak betol dugaan sebelum nikah. Dengan air tak ada masa tu. Alhamdulilah syabas datang hantar air. Sebelum nikah, mandi satu baldi je tau. Dugaannnnn... Kesian sedara2 yang lain terpaksa mandi kat masjid. 2hari sebelum nikah pula, bakal abah mertua masuk wad kat PPUM. Hanya Allah je yang tahu hati sedih masa tu. Bila time nikah, abah ada di wad.

Kita rancang nikah pukul11. Masa tu pula Syabas datang hantar air. Panik jugak la masa tu ayah sibuk2 lagi kat dapur uruskan hal2 masak. Allah maha mengetahui, Dia dah merancang untuk kita. Jiran2 dan sedara2 banyak sangat membantu. Gotong-royong masak2 alhamdulilah semua berjalan lancar. Bila nak bergerak ke masjid, kereta pula tak ada. Naik la bmw abg foto..hehe.. 

Sampai je masjid, pihak lelaki belum sampai lagi, sesak lalu lintas katanya. Ya Allah! Lama jugak la tunggu. Pukul12.30 baru pihak lelaki sampai. Dugaannn... Ada yang kereta rosak pula masa tu. hihi.. Sampai je bakal suami, nampak Mama dia and abang2 dia terus berdebar2 jantung ni. 

Alhamdulilah sekali lafaz, aku bergelar isteri kepada Muhammad Maal Zainudin. Sayang nya ayah aku wakilkan pada tok kadi tu. Nak nangis masa tu, tahan je sebak sebab ayah tak sedia. Selesai akad nikah, suami solat sunat. Menitis air mata suami lepas selesai solat. Aku hanya keraskan hati je masa tu. Tak nak air mata jatuh sama. Walaupun abah suami ada di wad, aku tahu abah nak sangat datang tengok anak dia ni nikah. :(
 
 

Walaupun tengah sedih, senyuman tetap ada bila suami mula sarungkan cincin pada jari aku. 15.04.14 baru sebulan hidup sebagai suami isteri. Insha Allah akan bersambung celoteh Resepsi punya cerita..

Bersambung..

 



   



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...