Pages

Tuesday, February 26, 2013

Hanya kita!

Hai my lovely dairy! Assalamualaikum!!

Kita rasa kita pandai merancang, tapi kita lupa Allah lebih pandai menentukan. Dari tahun lepas lagi kita merancang untuk bersama. Tapi Allah menentukan untuk kita tahun ini. Saya mengaku, saya bahagia dengan awak selepas mak ayah saya terima awak. Awak sabar dengan ujian Allah, Allah bagi manisan pada awak. Tahniah awak!


Kita buat apa yang mampu. Kita tak kaya, kita tak miskin. Kita syukur dengan apa yang kita ada. Tapi kadang kala waktu kita bahagia, tak semua orang suka dengan kebahagiaan kita. Kita doakan mereka yang berjiwa kacau tu akan bersih hati melihat orang lain bahagia. :)



Mak kita ada sorang je anak perempuan. Kita lah kan. Bila mak nak buat lain dari orang lain, ada je orang iri hati. Tapi kita tak kisah apa pun orang nak cakap, yang penting kita! Hanya kita yang tahu. Hanya kita yang rasa. Saya tak sabar nak jumpa awak. 

See u awak! 030313!

Thursday, February 21, 2013

For You sahabat! See u all!! 030313

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa


Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh


Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku


Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku


Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu


Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku


Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku




Thursday, February 14, 2013

Dinner before abang Umrah

Assalamualaikum!

  My lovely brother! Dah 2x dapat pergi umrah percuma!! Jelez tahu tak!! 1st dia dapat pergi tahun lepas 2012. Masa tu musim panas. Balik umrah demam teruk. Kali kedua ni, dia call baru2 ni, tak sejuk sangat, tak panas sangat. Alhamdulilah. Adik harap abang sihat kerja disana. 

Before abang berangkat, 4hari sebelum tu, ayah ajak dinner. Abang cadang Restoran Saba, Dataran Jelatek,KL. Ayah pun dah lama tak makan kambing, tapi sampai2 je,mak oder Chicken Mandy. Lupa lak mak tak makan kambing sebab darah tinggi. Hehehe!!


 Makin berisi kan kakak ipar kita ni. Sebelum abang berangkat, dia mula muntah2. Cek Doktor rupa2nya ada isi di dalam. Call mak pagi2 buta nak bagi tahu dia bakal jadi ayah.. Hahaha!! Excited kau kan abang!!


 #Happy family. :)


 Nasi kambing ni, kita kongsi dengan future husband je tau!! Kuatnya kita makan.. :)

 

Nampak tak muka dia bila ayah amik kambing dia. Hahaha!! Awak dah dapat ayam dari mak, kambing pun nak berebut dengan ayah lagi. Hahaha!! Kuat makan. Muncit macam ayah perut tuuu!! :D

 



Mak tak abes chicken Mandy, bagi kat future husband. Mak kata, dulu layan menantu perempuan. Sekarang layan menantu lelaki pulak. Amboi mak!! Belum jadi menantu lagi tau!! :D

Thursday, January 31, 2013

The months gone

Assalamualaikum!

Hari2 terakhir bulan satu ni, batuk kita dah berkurang, alhamdulilah.. 1st time keluar kahak yang berketul macam daging keluar dari tekak kita ni. Semuanya ujian dari Allah. Kita redha. Perit sakit tekak ni Allah saja yang tahu. Sampaikan nak bercakap pun sakit.. :(






Menghitung hari..
Sebulan je lagikan..??
Walaupun sebulan ke, setahun ke,
saya tetap tunggu awak kat sini tau.. :)

Gdnite awak.. Assalamualaikum..

Wednesday, January 30, 2013

My BoyFriend

Assalamualaikum!! 
 
Ehem Ehem!! Sakitnye tekak. Bulan1 2013 acik batuk2 je. Dah sebulan. Mungkin perubahan cuaca. Pagi panas terik, petang hujan lebat. Lepas baik demam je, batuk pulak tak baik2.. Nak check Doctor takut.. Sebab tekak kita dah merah2 pulak. Risau nye.. Tapi tak pe, kita tahu ni ujian Allah.. 


Ok, sebenarnya bukan nak cerita pasal ni. Nak story skit about My BoyFriend. :) Kita kenal tahun 2011. Masa tu bulan9, beberapa hari lepas befday kita. Balik dari Kampung Perlis je, "dia" dah tunggu depan rumah. Camne "dia" tahu alamat rumah kita? Hihi.. Katanya, ada orang tolong hantarkan. Wahhh.. Bestkan?? "dia" adalah :


Tada!!! Ini lah My BoyFriend!!

Comel tak? hihi.. Masa tu "dia" dah tunggu kat rumah kita. Kita kat Perlis, tu yang ada orang tolong hantarkan sampai ke rumah tu. Masa kat Perlis, kita dapat kunci. Balik rumah je, ronda-ronda dengan BoyFriend. :)
 
 
 
Azam 2013 ni kita nak cantikkan My BoyFriend. Azam sebenar nak tukar status bujang dulu, tapi azam yang last jadi 1st pulak.. Hihihi.. :D Sebenarnya, ada orang belanja tinted ni. Maklum la, kita kan comel.. :) Thank You Syed Adam sebab percepatkan kelulusan pinjaman bank kita, bawak BoyFriend kita ke rumah, dan belanja kita tinted. Kita dengar awak dah bertunang. Tahniah! Lepas ni, kita ikut jejak awak pulak.. Kannn??

Thursday, January 3, 2013

Siapakah kita 2013


Assalamualaikum! :)

Hai 2013!! Dah 3 hari kita berada pada tahun 2013. Saya suka entry brother ni tentang "Siapakah kita 2013". Pengkongsian dia dalam menulis memang best bila membaca. Antaranya : 

 
Berusaha menjadi sebaik-baik manusia seperti pesanan Baginda S.a.w , inshaAllah. =)


خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ
Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia yang lain.”
{Sahih al-Jami'}
 
Bila kita masuk tahun baru je, semua orang berazam itu dan ini. Yang azam tahun lepas tak tertunai pun, ada yang sambung azam tahun ni. hihi.. Tapi bagi saya, setiap hari saya ada azam. Azam saya setiap hari adalah agar saya dapat beribadah lagi esok lebih banyak dari hari ni. Sebelum saya tutup mata, saya berharap amalan saya cukup untuk saya ke syurga Allah. :)
 
 
Nak tahu tak azam saya setiap hari lagi? Mari baca ni. Antara azam yang bakal terlaksana 2013 adalah : 

1. Tukar status bujang. :)
2. Majukan lagi bisnes An-Nissa Bakery.
3. Kumpul duit, bawa mak ayah pergi Umrah. 
4. Cari ilmu lagi banyak selain ikut program Dr Azizan & Dr Asri.
5. Bayar hutang PTPTN mengikut jadual yang diberikan. hihi :)
6. Cantikkan kereta Myvi lagi best kepada lagi lagi lagi best!!!!

Saya harap, semuanya akan terlaksana dengan jaya dengan izin Allah. Amin!! :D Yang last tu kan, sebenarnya mak tak bagi tau cantikkan kereta sangat. Yela, nanti nampak macam kereta lelaki pulakkan. Nak tukar macam-macam sampai jadi kereta drif. Kita kan perempuan. hihi :)
 
Thank you 2012! Bye!
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...