Pages

Thursday, February 23, 2012

Sebab-sebab si "Dia" ikhlas sayang pada wanita.


1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela.

2. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
 
3. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
 
4. Dia tidak takut untuk berjumpa dengan keluarga kekasihnya.
 
5. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
 
6. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
 
7. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
 
8. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
 
9. Dia akan resah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
 
10. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
 
11. Dia ikhlas mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
 
12. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
 
13. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
 
14. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dgn kekasihnya walaupun dia sebenarnya banyak kerja.
 
15. Dia suka membanggakan kekasihnya di depan org lain.
 
16. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
 
17. Apabila muncul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

18. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
 
19. Dia boleh menangis sebab bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.


20. Dia adalah awak!

TQ sebab sayang saya dengan ikhlas. Saya lah wanita paling bahagia bila awak bagi bunga ni pada hari Konvo saya. Tapi saya paling takut awak jumpa mak ayah saya. Kenapa awak berani sangat datang sorang2 dari Petaling Jaya semata-mata untuk bagi bunga ni dan jumpa mak ayah saya ? Saya tahu awak ikhlas. TQ! T__T

Wednesday, February 15, 2012

wanita, pergaulan & lelaki

Assalamualaikum! Kali ni saya datang bawa kata-kata dari Al-Quran pula ok. Saya pun manusia biasa yang selalu melakukan kesalahan tanpa saya sedar. Jadi saya nak share sikit pada anda semua mengenai pergaulan antara lelaki dengan perempuan ni. Boleh kan? :)

Pergaulan di antara lelaki dan perempuan sering berlaku di mana-mana saja seperti tempat kerja. Betol tak? Kita ni sebagai perempuan  perlu berhati-hati dalam pergaulan harian kita dengan lelaki. Sebabnya kita ni wanita yang boleh dianggap fitnah. Fitnah yang saya maksudkan kat sini ialah perkara yang boleh menimbulkan curiga dan masalah moral.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya,
 "tidakku tinggalkan fitnah yang lebih dahsyat ke atas lelaki selain perempuan"

Masa bergaul dengan lelaki, kita janganlah melibatkan hubungan fizikal dengan lelaki. Saya tahu mesti ada yang tak paham. Maksud saya hubungan fizikal kat sini ialah membenarkan diri kita disentuh oleh lelaki, ditepuk-tepuk macam bertepuk tampa, berpelukan dan lain-lain. Paham? Kalau kita bagi lelaki bersentuhan pada kita walaupun tangan, nanti lelaki tu akan memandang rendah pada diri kita yang wanita ni.
 
Firman Allah dalam surah Al-Baqaroh ayat 239,
"........sesunggunhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."

 

# Kacak kan! Ni la BoyFriend saya. Mr Jamaluddin Tapi dia mahram saya tau. Jangan buat fitnah! hihi :) # iklan.

 Allah tahu segala apa yang anak Adam lakukan. Sama ada di tempat gelap atau pun terang. Jika kita berdua-duaan dengan lelaki yang bukan mahram kita, pasti ada orang yang ke3 iaitu syaitan. Ada yang tak tahu ke mahram tu apa? Tak pe saya bagi tahu. Mahram tu ialah orang lelaki yang kita tidak boleh kahwin denganNya. Dia adalah ayah kita, datuk kita, abang, adik lelaki, pak cik sebelah ayah (abang ayah), pak cik sebelah mak (abang mak). Banyak lagi. Nak lebih lanjut bukak surah An-Nisa kalau tak silap. 

Mahram kita sahaja yang boleh kita bersentuhan. Lelaki lain adalah selain suami, kita dilarang sama sekali bersentuhan, berpegang tangan, apatah lagi berpelukan. Hukumnya HARAM! Aurat juga kita dilarang membuka aurat di depan lelaki bukan mahram. Hanya di benarkan muka dan tapak tangan sahaja. Kalau lelaki yang mahram dgn kita, nak bukak tudung pun boleh depan dia. :)

Ok kenapa saya tulis bab ni? Sebab saya nak kawan-kawan saya, mak cik-mak cik saya, adik-adik saya, kakak-kakak saya, nenek-nenek saya, rakan sepejabat dengan saya, wanita-wanita diluar sana supaya ingat, antara golongan yang paling ramai di dalam NERAKA ialah golongan WANITA.

Ini dapat juga mengigatkan pada diri saya juga :) Allah s.w.t berfirman bermaksud, 

 "Orang mukmin lelaki dan mukmin perempuan, sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf (baik) dan mencegah mungkar (kejahatan)."
(At-Taubah, ayat 71)

Ditulis oleh:
AdeqNiesaMusa

Thursday, February 9, 2012

Memanah di time squre. Jom ikuti sunnah Rasulullah :)

Salam.

1st Feb apa aktiviti you all? Masa HariWilayah semua orang berjalan. Yes saya pula terpaksa jadi driver abang saya yang baik sangat tu. Dia nak jadi tuan besar katanya. Alang-alang dapat cuti, dia dengan wife dia nak buat kad kahwin kat Shah Alam. Sekarang ni siapa yang dah berkahwin wajib ada kad. Surat nikah ke, gambar ke itu bukan bukti katanya kalau dah kahwin sebab nya ramai yang salah gunakan surat nikah.

Lepas ke Shah Alam, giliran abang pula jadi driver. HAHAHA padan muka dia. Time balik jem gila! Saya pula jad tuan besar!!!! kahkahkah :)) Than lepak kat titiwangsa. Orang macam semut nauzubillah. Ni yang malas nak datang waktu cuti. Saya selalu datang waktu orang kerja. Barulah tempat ni saya yang punya! kahkahkah

Ok sebenarnya nak bagi tahu, malam tu pula saya dtg time squre. Saje nak pau abang yang baru dapat gaji tu. HAHAHA! Memanah di time squre ke der? Alah macam tak de tempat lain lah kan. Kat mana-mana pun sama, asalkan sukan ni sunnah Rasulullah. Abang sampai berpeluh tau! HA! Nampak sangat da gemok kan? kahkah.. Lepas je kami nak balik, berpuluh-puluh anak orang arab nak main. Nampak sangat memanah ni sukan yang diorang selalu main kat arab kan. :)




Jangan lepaskan peluang ni tau! Ada promotion free game of 3 arrows. Tak mahal pun. Tengok tu murahkan? Lagi ramai yang main, lagi murah. Ok selain di time squre, ada juga di GentingHighlands, SunwayPyramid and KK. Di TimeSquare sebelah bowling ok. Abang big boss tu cakap, kat sini baru bukak tahun lepas. Promotion 3 anak panah ni sampai hujung Feb je ok.

Anyway, jom ikuti sunnah Rasulullah :))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...