Pages

Wednesday, February 15, 2012

wanita, pergaulan & lelaki

Assalamualaikum! Kali ni saya datang bawa kata-kata dari Al-Quran pula ok. Saya pun manusia biasa yang selalu melakukan kesalahan tanpa saya sedar. Jadi saya nak share sikit pada anda semua mengenai pergaulan antara lelaki dengan perempuan ni. Boleh kan? :)

Pergaulan di antara lelaki dan perempuan sering berlaku di mana-mana saja seperti tempat kerja. Betol tak? Kita ni sebagai perempuan  perlu berhati-hati dalam pergaulan harian kita dengan lelaki. Sebabnya kita ni wanita yang boleh dianggap fitnah. Fitnah yang saya maksudkan kat sini ialah perkara yang boleh menimbulkan curiga dan masalah moral.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya,
 "tidakku tinggalkan fitnah yang lebih dahsyat ke atas lelaki selain perempuan"

Masa bergaul dengan lelaki, kita janganlah melibatkan hubungan fizikal dengan lelaki. Saya tahu mesti ada yang tak paham. Maksud saya hubungan fizikal kat sini ialah membenarkan diri kita disentuh oleh lelaki, ditepuk-tepuk macam bertepuk tampa, berpelukan dan lain-lain. Paham? Kalau kita bagi lelaki bersentuhan pada kita walaupun tangan, nanti lelaki tu akan memandang rendah pada diri kita yang wanita ni.
 
Firman Allah dalam surah Al-Baqaroh ayat 239,
"........sesunggunhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."

 

# Kacak kan! Ni la BoyFriend saya. Mr Jamaluddin Tapi dia mahram saya tau. Jangan buat fitnah! hihi :) # iklan.

 Allah tahu segala apa yang anak Adam lakukan. Sama ada di tempat gelap atau pun terang. Jika kita berdua-duaan dengan lelaki yang bukan mahram kita, pasti ada orang yang ke3 iaitu syaitan. Ada yang tak tahu ke mahram tu apa? Tak pe saya bagi tahu. Mahram tu ialah orang lelaki yang kita tidak boleh kahwin denganNya. Dia adalah ayah kita, datuk kita, abang, adik lelaki, pak cik sebelah ayah (abang ayah), pak cik sebelah mak (abang mak). Banyak lagi. Nak lebih lanjut bukak surah An-Nisa kalau tak silap. 

Mahram kita sahaja yang boleh kita bersentuhan. Lelaki lain adalah selain suami, kita dilarang sama sekali bersentuhan, berpegang tangan, apatah lagi berpelukan. Hukumnya HARAM! Aurat juga kita dilarang membuka aurat di depan lelaki bukan mahram. Hanya di benarkan muka dan tapak tangan sahaja. Kalau lelaki yang mahram dgn kita, nak bukak tudung pun boleh depan dia. :)

Ok kenapa saya tulis bab ni? Sebab saya nak kawan-kawan saya, mak cik-mak cik saya, adik-adik saya, kakak-kakak saya, nenek-nenek saya, rakan sepejabat dengan saya, wanita-wanita diluar sana supaya ingat, antara golongan yang paling ramai di dalam NERAKA ialah golongan WANITA.

Ini dapat juga mengigatkan pada diri saya juga :) Allah s.w.t berfirman bermaksud, 

 "Orang mukmin lelaki dan mukmin perempuan, sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf (baik) dan mencegah mungkar (kejahatan)."
(At-Taubah, ayat 71)

Ditulis oleh:
AdeqNiesaMusa

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...