Pages

Thursday, February 23, 2012

Sebab-sebab si "Dia" ikhlas sayang pada wanita.


1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela.

2. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
 
3. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
 
4. Dia tidak takut untuk berjumpa dengan keluarga kekasihnya.
 
5. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
 
6. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
 
7. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
 
8. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
 
9. Dia akan resah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
 
10. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
 
11. Dia ikhlas mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
 
12. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
 
13. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
 
14. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dgn kekasihnya walaupun dia sebenarnya banyak kerja.
 
15. Dia suka membanggakan kekasihnya di depan org lain.
 
16. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
 
17. Apabila muncul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

18. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
 
19. Dia boleh menangis sebab bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.


20. Dia adalah awak!

TQ sebab sayang saya dengan ikhlas. Saya lah wanita paling bahagia bila awak bagi bunga ni pada hari Konvo saya. Tapi saya paling takut awak jumpa mak ayah saya. Kenapa awak berani sangat datang sorang2 dari Petaling Jaya semata-mata untuk bagi bunga ni dan jumpa mak ayah saya ? Saya tahu awak ikhlas. TQ! T__T

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...