Pages

Sunday, February 27, 2011

Relationship?

Ape itu relationship??
Kenape perlu relationship??
Perlu ke relationship sebelum kahwin??

Saturday, February 26, 2011

Sukan sAf

Assalamualaikum...

Hye blog aku..merangkap dairy ku...
Yeah... sAf adalah sukan antara fakulti yang berlangsung setiap semester.heh!!! penatla nak taip sekarang. Post will be continue okeh.

Thursday, February 24, 2011

Kami Senior

Hello...!!

haha agak poyo tajuk ni. Macam-macam karenah senior-senior ni. Nak katakan, sume lect kenal kami. ermmm..jap gi la sambung, nak makan jap!

Okeh. I sambung balik cerita k..

Minggu ni semua DP semester 1-6 perlu membuat jualan di marketing corner. Nak tahu tak kami buat jualan ape? cube cite cube cite...HAHAHA!!!

Ok menu yang ada kat gerai kami adalah nasi lemak, nasi ayam, nasi goreng tom yam, bebola, hotdog, air panas, air kotak, air tin, air koktel, kek c0klat, buah pot0ng dan macam-macam lagi laa... Hanya seminggu sahaja gerai kami beroperasi sebab minggu lain orang lain pulak amik alih. Setiap minggu akan bergilir-gilir membuat jualan.

Disebabkan kami senior, kami la yang membuat jualan. Sebenarnya susah nak dapat senior yang baik macam kami ni tau. Sebab terlalu manjakan adik-adik junior. Adik junior tak nak niaga, kami tak marah pun, sebab kami kan kakak yang baik.HAHA! (prasan..dalam hati panas ni) Nak marah pun tak boleh, anak orang kan.

OK disebabkan kami terlalu riuh kat gerai macam pasar malam, semua lect dah kenal gerai kami. Nak katakan gerai ni popular, tak jugak.hak3.. Sampaikan lect tak nak makan kat luar dah sekarang, semua nak oder makanan dari kami je. wah!! terharu!!!

Lastly, kami selalu membuat perubahan dari hari ke hari. Contoh perubahan adalah perubahan menu dan perubahan kelemahan kami. Kami sentiasa mendengar kritikan dan nasihat daripada lect untuk gerai ni. Alhamdulilah, semua berjalan dengan lancar. Mungkin berkat semua lect kot.hehe... Mereka kata, gerai kami lagi happening daripada gerai sebelum ni. Wah!! Dah dapat penghargaan gitu!

Thanx semua yang menjayakan gerai yang tak seberapa ini. Thanx juga kepada lect yang selalu memberikan sokongan kepada kami. Terima kasih.. :) OK, den nak tidur dah ni. Esok ada game bola jaring. Habes penat berniaga, penat bermain pula. NO REST, NO STRESS!!! (@_@)

Tuesday, February 22, 2011

Monday, February 21, 2011

Tangani b0san!



1. Sibukkan Diri
Cari apa yang boleh dilakukan. Bentuk diri menjadi rajin. Jika anda tiada apa hendak dilakukan, fikirkan sesuatu yang anda rasa seronok melakukannya supaya tidak sedar masa berlalu.

2. Set Matlamat, Azam, Cita-cita dan Impian. Selepas itu Berusahalah Mencapainya!
Orang yang selalu merasa bosan adalah orang yang tidak ada impian. Orang yang bosan dengan hidup adalah orang tidak ada cita-cita. Set satu impian kemudian fikirkan cara untuk mencapai impian itu. selepas tu berusalah mencapainya walau dengan apa cara sekalipun, asalkan halal.

3. Rajinkan Diri Beribadah.
Ini pula adalah tips yang baik untuk mengelak rasa bosan dari perspektif Islam. Sibukkan diri dengan ibadah. Dalam menyempurnakan tuntutan ibadah wajib, banyakkan ibadah sunat. Hadirkan rasa kekurangan dan kehambaan dalam diri.

Saturday, February 19, 2011

Bile Keyboard Berbunyi (^_^) + sister in-law

Assalamualaikum!

Alhamdulilah... , we are so happy. why? huhu... Sebab abang dah bertunang. After one week, we come for "meresik" and than "bertunang". :) See my m0m.. so exited !!! huhu.. Congrats my br0ther. I can't believe my br0ther 22 years old. So young right? But good for partner like that (elak maksiat) haha!!

When keyboard sound slide!!HAHA!! I can't sleep. I always be there. HAHA!! For what? 1st for create my dairy. Than for see my friend because i miss u all.. Yea I also miss my blog. Miss u so much...muahh...


Friday, February 11, 2011

Maulidur Rasul?

Allah SWT telah berfirman dalam kitab-Nya:

"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah rasul-Nya, dan orang-orang yang memegang kekuasaan antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka hendaklah kamu kembalikan kepada Allah  dan rasul,  jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih baik dan sebaik-baik jalan." (An Nissak:59)


15 FEB 2011 ni adalah hari Maulidul Rasul yang akan diadakan di seluruh Malaysia.Walau bagaimanapun, agak menyedihkan apabila tidak semua daripada sunnah baginda dilaksanakan dalam kehidupan kita. Dan tambah menyayat hati apabila wujud segelintir pihak yang memesongkan sunnah Rasulullah dengan memutar belitkan hadis.Terdapat beberapa peringkat hadis iaitu sahih, hasan dan daif.


IKUTILAH KITAB ALLAH DAN SUNNAH NABI!!!!!


Allah berfirman dalam kitabnya yang bermaksud,
"Sesungguhnya Allah telah memberikan kurnia bagi orang-orang yang beriman, ketika dia telah mengutuskan seorang rasul kepada mereka antara mereka sendiri yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka dan membersihkan mereka (dari sifat-sifat yang jahat) lagi mengajarkan kitab dan hikmah kepada mereka. sesungguhnya mereka sebelum itu dalam kesesatan yang nyata." (Ali Imran:164)

Thursday, February 10, 2011

Pencetus idea (@+@)

HELLO.....ASSALAMUALAIKUM!!!!!!!!


DIPLOMA IN MARKETING SEMESTER 1,2,3,4,5 and 6.


Kali ni,  the last sem, ana telah membawa mereka semua ke tempat pemprosesan bebola dan juga sos. Oh ye, kenapa tajuk ni pencetus ideakan. Kalau nak tahu, gelaran ni diberikan oleh En.Hadi kepada ana :) En.Hadi adalah pegawai yang telah memberikan seminar kepada kami sebelum membuat lawatan ke kilang.

Kalau anda nak tahu, bebola ikan yang di makan oleh kita itu, kenapa dia kenyal? boleh picit-picit lagi sebab bebola tu lembutkan. Jawapannya, mereka telah memasukkan sesuatu di dalam bebola itu tanpa kita ketahui. Oleh itu, belilah produk Islam yang dibuat sendiri oleh orang Islam. Ana telah membawa mereka untuk menyaksikan sendiri cara pemprosesan bebola ikan di HPA HALAL HUB SERKAM, Melaka.


Kiri (Asnida) kanan (Niesa). 

Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang telah banyak membantu ana untuk menjayakan program ini. Program ini telah diusahakan oleh semua Diploma In Marketing semester 6. Kami semua golongan perempuan sahaja tau dalam semester 6. Kaum Adam sudah pupus..hehe.. Jangan ingat perempuan tak boleh buat program tau!! Tak lupa juga kepada dua orang pensyarah yang telah mengikuti program ini iaitu Pn Zurairah dan Pn Ruslinawati. Tq (^_^)

Ana tertarik pada satu artikel in, khas untuk wanita-wanita diluar sana..


Wanita, biar tawadukmu lebih menggungung daripada kejelitaanmu, biar keayuanmu terpancar dek kerana lemah gemalainya perilaku. Biar kebijaksanaanmu terpampang oleh tingginya ilmumu. Jangan sesaat pun kau lupa setianya Masyitah pada Tuhannya, agungnya kasih Khadijah kepada agamanya dan perjuangan srikandi-srikandi agama terdahulu.

Tuesday, February 8, 2011

Time to times square!!


Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya




@khas untuk mereka....chill~~~

Monday, February 7, 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...