Pages

Thursday, June 14, 2012

Sebak T__T

Saat saya menulis ini, semua orang sedang berada dalam mimpi yang indah. Sekitar jam 2.45 pagi, saya mula menaipkan isi hati. Sebak dengan kata-kata di blog rakan2 yang rata-rata menuliskan mengenai perkhawinan. Post title semua tentang perkhawinan. Sampaikan saya menjadi sebak mahu menitiskan air mata dengan kata-kata indah mereka. Ada blogger lelaki yang macam ni, blogger perempuan macam tu. Macam-macam akal yang mereka luahkan disini.

Perkara yang paling menyentuh hati saya ialah kata-kata dari seorang kakak ni. Dia cakap " CARILAH SEORANG SUAMI YANG BERAGAMA KERANA BILA SEORANG SUAMI ITU ADA AGAMA, DIA TIDAK AKAN BERANI MENGANGKAT TANGAN KEPADA ISTERI NYA SEBAB DIA TAHU BAHAWA ISTERI NYA ADALAH AMANAH KEPADA NYA " 

Yang ni paling sebak! Wanita ni cepat sangat tersentuhkan. Air mata dan wanita tak boleh dipisahkan. T__T  "asalkan sorang lelaki itu tiada kecacatan dalam agama,  bukan kaki no ekor, bukan kaki minum ( Arak ), ada juga pergi masjid, solat cukup 5 waktu, walaupun pendapatan tak besar mana tapi ingat lepas kahwin turun rezeki banyak."



Bukan bab kawin je penyebab saya tidak dapat lena, bab lain juga seperti beribadat pada Allah. Setiap orang pengalaman lain-lain, ade org bernasib baik, ada org kurang bernasib baik. Alhamdulilah saya bernasib baik kerana di pilih oleh Allah untuk mendekatkan diri kepada nya. Dapat keluarga yang pentingkan agama. Mengaji, solat, itu semua asas. Mungkin kita tak tahu ada lagi orang islam yang tak mengamalkan walaupun diri dia islam. Tidak solat, tidak puasa di bulan puasa adalah biasa bagi dia. Nauzubillah! "Ya Allah! Bukalah pintu hati mereka ini Ya Allah! Berilah hidayahmu kepada mereka. Sesungguhnya "kau" penerima taubat! Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang. Sayangilah mereke sepertimana aku menyangi mereka. Berilah kesedaran kepada mereka Ya Allah" Amin Amin Ya Rabbalamin! T___T

Saya tidak dapat menahan rasa sedih. Hanya Allah saja yang mampu menolong. Hanya Allah sahaja yang tahu isi hati saya. Saya perlukan seseorang untuk bercakap, tapi..... T__T  Saya simpan Post ni, dan akan di Publish malam ni. Insha-Allah! 

#Thanx sudi baca! :D


Tuesday, June 12, 2012

Malu itu separuh daripada iman :)

Assalamualaikum!

Hai Semua! Senang untuk kita ungkapkan kata-kata "rindu" pada seseorang kan. Lagi-lagi yang dah lama sangat tak berjumpa. Saya ada seorang kawan yang sangat-sangat lembut hati dia seperti kaca. Bila dah lama tak berjumpa, dia boleh menangis depan kita. Tanda rindu dia sangat mendalamkan. :D


Saya bukan saja rindu kawan-kawan saya tapi saya rindukan awak sangat-sangat! Mr MMZ!


Nak tahu satu rahsia tak? Tapi tak jadi rahsia la kan kalau dah bagi tahu. 
Jangan bagi tahu dia tau, yang saya cakap kat you all ni.
Dia ni kan, pemalu tau. Bila saya pandang mata dia lama-lama, mula la tak tentu arah! Ha Ha Ha!
Tengok la tu, pandang bawah je bila nak cerita. 
Saya kan suka pandang mata orang bila dengar orang cerita. Bila nak pandang mata dia je, mesti malu-malu..hahahaha!

*Malu kan separuh daripada iman. :)

#Thanx sudi baca! :D

Monday, June 11, 2012

Bertunang itu sunnah!

Assalamualaikum!

Saya selalu di soal mengenai pertunangan, tapi jawapan saya tetap yang sama. Saya cadang tak nak bertunang, tapi bila saya tanya pendapat mak, mak cakap bertunang itu sunnah. Sebagai tanda yang kita telah di merisik oleh seseorang dan juga tanda yang orang lain tidak boleh untuk merisik lagi.



Tahniah kepada BFF saya. Semoga Allah permudahkan urusan mek nanti ok. Doakan saya jugak! Nak bertunang jugak! hehe.. Ade orang tu cakap kan, nak tunang dengan saya 2jam 3jam je pastu akad nikah terus. Eh2, mak saya pun cadang macam tu la pada saya. Macam tahu2 je kan. Ha Ha Ha Ha.. Saya happy sangat! Semoga happy saya ni berterusan sampai bila2. Amin! Dengan izin Allah :D

# Thanx sudi baca. :)

Friday, June 8, 2012

Totally about 3 month with you

Assalamualaikum! Hai semua.

Three month saya berdiam diri. Kali ni saya datang balik kerana rindukan blogger.  :) Ok saya tahu, saya tak boleh jadi orang lain, sebab saya perlu jadi diri sendiri. Saya cuba untuk jadi orang lain, tapi hakikatnya saya tak boleh. Lari dari masalah bukan lah cara yang terbaik, tapi mencari jalan penyebab masalah adalah yang terbaik.
 
27-March-2012

Saya terima dia balik selepas saya tinggalkan dia. Kesian dia, disebabkan keluarga saya, terpaksa saya tinggalkan untuk sementara waktu. Masa tu Allah je tahu apa jadi kat dia. Saya tahu salah saya, tapi tak semua masalah saya kene bagi tahu pada dia. Cukuplah saya dan Allah je tahu masalah saya. Saya tak nak dia disakiti disebabkan saya.

15-April-2012

Entah kenapa hati saya tak sedap bila dia cakap nak pergi bercuti ke Pulau Tioman. Berita baru nak keluarkan kemungkinan akan Tsunami lagi, tapi dia tetap nak pergi. Alhamdulilah semuanya ok. Dia selamat pergi dan balik. Saya dapat hadiah dari dia tau. Hadiah kasih sayang cinta. :)


10-May-2012

Dia sanggup buat apa saja untuk saya. Dia datang jumpa saya, mak dan abang saya. Habis kerja, dia membawa motornya terus menuju ke Shah Alam. Bertemu dia dengan mak macam tiada apa yang berlaku. Dalam hati dia, Allah je yang tahu. Mak cakap "esok dia datang lagi tak?" Aku cakap "tak, dia kerja." Mak tanya lagi "Pukul berapa dia habis kerja?" :) Dalam hati aku, mak ni betol ke tak? Tamat! hehe



27-May-2012

Genap three month aku dan dia kembali bersama selepas clash. Kenduri di Melaka membuatkan dia nak berjumpa dengan aku lagi. Kali ni agak serious. Aku agak terharu dengan kata2 dia nak berjumpa dengan mak ayah aku. Hari ni dia banyak tanyakan aku soal hati. Aku nampak muka dia bersungguh ke arah untuk membina masjid. Lidah aku kelu untuk memberikan jawapan segera. Dalam hati, Allah je tahu time tu :)

Dia mahukan pertunangan akhir tahun 2012 ni, tapi bagi saya majlis pertunangan seperti membebankan dia.  :) Saya minta satu je dari dia, saya mahu bawa mak ayah saya pergi umrah dulu sebelum saya kahwin. Alhamdulilah dia terima pendapat saya yang panjang lebar tu. (",)



7-June-2012

Dia borak dengan saya lebih dari sejam. Saya paling tak suka dia cakap "keluarga syg lain, keluarga abg lain" :( Sebak sangat2 semalam dia cerita mengenai keluarga dia. Semoga Allah membuka pintu hati ayah dan mama dia :( Amin!!


# Thanx sudi baca. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...