Pages

Thursday, June 14, 2012

Sebak T__T

Saat saya menulis ini, semua orang sedang berada dalam mimpi yang indah. Sekitar jam 2.45 pagi, saya mula menaipkan isi hati. Sebak dengan kata-kata di blog rakan2 yang rata-rata menuliskan mengenai perkhawinan. Post title semua tentang perkhawinan. Sampaikan saya menjadi sebak mahu menitiskan air mata dengan kata-kata indah mereka. Ada blogger lelaki yang macam ni, blogger perempuan macam tu. Macam-macam akal yang mereka luahkan disini.

Perkara yang paling menyentuh hati saya ialah kata-kata dari seorang kakak ni. Dia cakap " CARILAH SEORANG SUAMI YANG BERAGAMA KERANA BILA SEORANG SUAMI ITU ADA AGAMA, DIA TIDAK AKAN BERANI MENGANGKAT TANGAN KEPADA ISTERI NYA SEBAB DIA TAHU BAHAWA ISTERI NYA ADALAH AMANAH KEPADA NYA " 

Yang ni paling sebak! Wanita ni cepat sangat tersentuhkan. Air mata dan wanita tak boleh dipisahkan. T__T  "asalkan sorang lelaki itu tiada kecacatan dalam agama,  bukan kaki no ekor, bukan kaki minum ( Arak ), ada juga pergi masjid, solat cukup 5 waktu, walaupun pendapatan tak besar mana tapi ingat lepas kahwin turun rezeki banyak."



Bukan bab kawin je penyebab saya tidak dapat lena, bab lain juga seperti beribadat pada Allah. Setiap orang pengalaman lain-lain, ade org bernasib baik, ada org kurang bernasib baik. Alhamdulilah saya bernasib baik kerana di pilih oleh Allah untuk mendekatkan diri kepada nya. Dapat keluarga yang pentingkan agama. Mengaji, solat, itu semua asas. Mungkin kita tak tahu ada lagi orang islam yang tak mengamalkan walaupun diri dia islam. Tidak solat, tidak puasa di bulan puasa adalah biasa bagi dia. Nauzubillah! "Ya Allah! Bukalah pintu hati mereka ini Ya Allah! Berilah hidayahmu kepada mereka. Sesungguhnya "kau" penerima taubat! Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang. Sayangilah mereke sepertimana aku menyangi mereka. Berilah kesedaran kepada mereka Ya Allah" Amin Amin Ya Rabbalamin! T___T

Saya tidak dapat menahan rasa sedih. Hanya Allah saja yang mampu menolong. Hanya Allah sahaja yang tahu isi hati saya. Saya perlukan seseorang untuk bercakap, tapi..... T__T  Saya simpan Post ni, dan akan di Publish malam ni. Insha-Allah! 

#Thanx sudi baca! :D


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...