Pages

Thursday, December 29, 2011

Kisah 4 hari 3 malam bercuti - Part 3


Salam!

Alhamdulilah dapat juga hajat hati nak tulis sambungan dari Part 2 . TQ yang sudi baca. Walaupun anda silent pembaca, saya tahu siapa yang datang ke blog saya :) TQ kerana membaca!


Hari ketiga, majlis abang pun berlangsung. Alhamdulilah semua berjalan dengan lancar. Masakan orang kelantan tak lari dari manis nya. Manis seperti gula :) hihi.. Abang bertemu jodoh dengan orang Salor, Kelantan. Tak sangka dulu cuma rakan kelas di darjah4, kini mereka di gelar suami isteri.


Habis je majlis, kami pihak lelaki dah nak balik. ok tipu je. Nak berjalan-jalan kelantan dan ke terengganu pula. Kalau datang kelantan, tak sah kalau tak datang Pasar Siti Khadijah. Masa jalan-jalan, terjumpa Ustazah saya masa sekolah Johor dulu. Ya Allah tak sangka jauh perjalanan mereka, rupanya nak ke majlis abang saya :)


Selamat Datang!






After this, kami ke terengganu pula. Dari KL ke Kelantan ikut jalan Perak, balik ikut jalan Ganuh pula lakan.





Kami bermalam di rumah sepupu saya ni. Rumah along. Rehat 1 malam, esok bermula jalan lagi :)
Tengok adik saya tu, dia kejar anak buah dia ke, kejar "awex" dia ? haha :)



Masjid Kristal, Terengganu.


Kat sini, singgah rumah sedara ayah, and than tidur rumah sedara mak long kat sini.

 

Hai budak gemok! Dah nak balik KL la. Turun dari motor tu cepat! *apa kakak? Bising ah! Nak kene budak ni. Adik sapa la tuh! 

Sebenarnya, 5 hari 4 malam. Ok semuaa tertipu. hahaha! Bye.

Monday, December 26, 2011

Masalah jodoh bukanlah tentang “siapa dia?”. Tapi “bagaimana aku..?”

1. "Dalam diam aku tertarik dengan sifatnya, ilmunya, akhlaknya, ketampanannya, gaya pemakaiannya. Aku diam kerana aku tahu dia milik ALLAH, aku hanya perlu minta kepadaNYA." 
Semua orang mahukan lelaki yang soleh. Ingin miliki suami seperti kamu. Tetapi, layakkah aku? 
Semasa kita di pejabat, semua orang dah keluar 'lunch' tapi kita tidak henti menyiapkan kerja. Aku masih ingat lagi, hanya kita berdua sahaja di pejabat, Kamu tidak dekat kepada aku, malah kamu juga keluar dari pejabat setelah sedar yang kita hanya berdua. Dalam hati aku "kenapa kamu keluar?" Astafirullah! Kotornya hati aku.
2. "Anda belum matang sekiranya LEBIH banyak mengucapkan kalimah ‘I LOVE YOU’ berbanding kalimah zikir seperti SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH dan ALLAHU AKBAR!"
Aku tahu aku belum matang, Ilmu kamu jauh lebih tinggi dari aku. Lelaki yang miliki ilmu yang tinggi serta amalan nya berterusan. Tetapi aku? Aku hanya seorang yang tidak lagi mampu untuk melakukan amalan yg berterusan seperti kamu. Aku lalai dengan dunia.Astafirullah!
3. "Lelaki banyak tanggungjawab, aku hanya perlu bersabar" 
Aku tidak seperti kamu ramai adik beradik yang perlu kamu tanggung, tapi aku tetap terus bersabar menunggu kamu. Layakkah aku menunggu kamu untuk menjadi yang halal kepada kamu? Don't give up! And...
Never say Good Bye!

Friday, December 23, 2011

Bersukan juga ''sunnah'' nabi :))


Assalamualaikum!
Nak bagi tahu ni, bagi sesiapa yang tak tahu lagi. Diantara sukan yang nabi pernah lakukan ialah berkuda, berenang dan memanah! Sukan boleh menyehatkan tubuh badan. Nabi melakukan sukan kerana ingin berubah aktiviti harian yang selalu kita lakukan.

Tetapi janganlah kita lalai seperti melihat bola sehingga lupa solat! Yang bermain je bersukan dan berpeluh, tetapi yang tengok, tak berpeluh langsung. Betol tak? ^^

Alhamdulilah "dia" sudah melangkau 7tahun pada 2011. Berenang dan berkuda kesukaan nya. Tahun depan insha-Allah memanah pula :)

Didiklah anak-anak anda seumur 7tahun. "Suruhlah ia bersolat" apabila sudah berumur 7tahun. #hadith. Ok, jangan kita ingat bahawa 7tahun kecik lagi, jangan terlalu manjakan anak-anak. Bimbinglah ia ke jalan yang membawa ke syurga. Kerana ibu bapalah tempat mereka merujuk. Oleh itu, ibu bapa perlulah merujuk kepada Al-quran dan Sunnah untuk mendidik anak-anak.

#Wallahualam

Malu ke kita bilaaaaaa...?

>.< Malu ker KITA,,,Bila aurat tertutup.
>.< Malu ker KITA,,,Bila rambut tertutup.
>.< Malu ker KITA,,,Bila leher tertutup.
>.< Malu ker KITA,,,Bila dada tertutup.
>.< Malu ker KITA,,,Bila tangan dan lengan tertutup.
>.< Malu ker KITA,,,Bila punggung tertutup.
>.< Malu ker KITA,,,Bila jubah panjang tanpa ukuran badan menutup.

 Kenapa PERLU ( MALU ) kepada Manusia, di dunia.
 Kenapa TIDAK ( MALU ) kepada Allah Azza Wa Jalla di akhirat sana...?



# Renung-renungkannnnn :))

Tuesday, December 20, 2011

Kisah 4 hari 3 malam bercuti - Part 2


Assalamualaikum! ( tak jawab dosa) @_@ Nak sambung cerita jalan-jalan makan angin ni. Sila baca ( Part1 ) di sini sebelum pening berbakul-bakul. :)
 


Sebelum sampai kelantan, terjumpa tempat rehat ni. Atas bukit. Cantik Subhanallah! Kalau dari Gerik, mesti jumpa sini dulu. Sejukkkkkkkkkkkkk! Hujan pulak tu. Mula la kabus naik. Mengigil satu badan. Dalam bilik air pun, macam ais! Sejuk beku kalau nak masuk tandas sini. hihi.. Jangan lupa bawak baju sejuk tau! Pesan untuk diri sendiri jugak sebab hampir-hampir tertinggal baju sejuk saya. :)



Muka sades! Haha! Penat la tu tanda nya!Insha-Allah akan sambung lagi :)


Monday, December 19, 2011

Kisah 4 hari 3 malam bercuti - Part 1

 1. Perak

Hari pertama, bermalam di Kemunting, Perak. Bawak diri jauh-jauh dari kesibukan Kuala Lumpur. Haha (tipu je) On the way ke kenduri abang la ni, singgah tidur rumah spupu saya di sini. Esok pagi lepas subuh bertolak ke Kelantan pula.

2. Kelantan

Sampai saja kelantan, bunyi lagu kat dalam badan. Tandanya time makan la kan. Lepas da kenyang, rehat la pe lagi. hehe :) Letih badan nak sampai kelantan ni. Bukan letih sebab jauh je, letih layan karenah mother ngah and mother long saya la. hahaha :)) Dari perak ke kelantan, pok pet! Aduiiii.... tak henti. Biasa la kalau jalan ramai-ramai kan. Macam ragam ada. But it is funny for me. Tak penah tengok mereka happy macam ni.

# Bersambung......

Saturday, December 17, 2011

7 days more!


I LOVE U BABY!
can't wait!

 I LOVE U!
Yes! Love make me #$% :( 

LOVE Is LiFe!
Yes! I lovE u because Allah :)

I LOVE U!
Yes! love U always and until JANNAH, insha Allah (",)

* Actually, pic ni tak de kene mngene dgn si DIA! @_@

Sunday, December 11, 2011

Cinta Sampai Syurga 11.11.11









Sabda Rasulullah S.A.W.:
"Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan Iman (iaitu)Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam Api Neraka."
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)


# Tahniah Abang! and kakak ipar :)

Friday, December 9, 2011

Adakah saya kisah?


NO ANSWER NOW!

NO MORE!

WHO CARE! 

GET OUT FROM MY LIFE!
 
# Saya tak nak sakiti awak. Saya minta maaf :(

Monday, December 5, 2011

Harga cili merah 2011


Assalamualaikum! See my mom ! Today you all tak akan dapat dah harga cili merah Rm9.90 lagi. Disember punya harga lagi mahal kalau sapa yang tak tahu! Dalam tahun ni harga semua makin meningkat. Semalam ayah cakap harga cili merah Rm14.00 1kg. OMG!

Hypermarket or supermarket boleh la harga macam ni lagi, tapi kalau pasar mingguan pasar pagi mungkin anda tak akan dapat lagi harga ni. Harga Rm18.00 1kg ok! That why banyak kedai makan makin mahal. Harga barang basah meningkat nampak remeh, tapi masa akan datang kita tak tahu apa akan jadi. So, berjimat lah anda daripada membazir.

"Membazir itu amalan syaitan" Anda mampu mengubahnya. (",)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...