Tuesday, November 20, 2012

Pengenalan dengan family si "dia"


Hai!! Assalamualaikum!!
4-Nov-2012 kawan kita datang rumah. Siap dengan Mama dia sekali. :) Wewitt!! Sweet nye awak. Bukan Mama awak je yang datang, siap abang-abang awak, pakcik makcik awak, anak buah awak semua awak angkut. Hahaha!! :D Malu kita!! ^_^ Time tu la nak kenal hati budi orang tua-tua cakap. Kalau ada kawan lelaki, tak baik kawan lama-lama. :) Dia datang bawa Mama dia ke rumah kita baru hensem lelaki tu. Kalau takot nak jumpa mak ayah kita, baik tak payah kawan. :) Betol tak?? 

Yang paling best sekali, Arwah nyang kita sekampung rupanya. Nasib baik bukan sedara kita ni kan, kalau tak dah tak boleh kawan. Hahaha!! 4 jenerasi daripada Nyang, Wan, Ayah dan kita. Tak sangka dunia ni kecik je rupanya. :)


Bila mak ayah kita senyum, tanda nya mereka pun setuju dengan pilihan kita. Kita hanya merancang, the master planing adalah Allah. So, kita hanya mampu berdoa agar kebahagiaan kita semua berterusan. Amin. :)
#Thanks sudi baca! :D

"Mereka takkan henti bertanya"

Assalamualaikum! Hai! :) 
 
Sejak akhir2 ni kan, kita susah nak tidur malam, so update la blog kejap. Dulu masa study, mereka akan bertanya bila nak habis belajar? Bukan dah lama ke belajar?.
 
Dan bila dah habis study, mereka akan tetap bertanya. 'Bila nak kerja?', 'Best ke tanam anggur?'. Hehe..
 
Sabar jelaaaaaa :)


Dan bila dah kerja, fuh, lagi bertambah soalan-soalan yang diterjah. 'Bila nak beli kereta?', 'Bila nak kahwin?' Mereka takkan berhenti bertanya.

Dan kalau dah kahwin nanti, sudah tentu soalan lazim yang sering ditanya ialah 'bila nak ada anak?', 'bila nak beli rumah?', 'Eh ko bila nak tambah anak?', 'bila nak tukar kereta besar?.

Memang begitu.. Masa berlalu dan kita tetap akan ditanya. Mungkin, ia sekadar topik perbualan yang mungkin tampak mesra & ramah. Tiba masa hari tua, dan kalau mereka masih larat membuka mulut, mungkin mereka akan bertanya..

'ko dah tua..bila nak....... 
 
 ada cucu???
 
 Kannnnnnnnnn?? 


#Thanx sudi baca! :D

Kekasih Hatiku

Mereka kasihku
Mereka semangatku

Tanpa mereka tidak aku kesini.
Dan tanpa Tuhan tiadalah aku ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...