Pages

Thursday, September 30, 2010

Keluarga ke2


Nenek angkat saya..Sayang nenek...
"Dik...dik...."
nenek panggil...YE YE!!!duet raye lagi....
nenek bagi duit raya...mak pun bagi...heehee
" lepas ni ko mesti tak ingat nek lagi kan?"
Kenape nek cakap macam tu.
Lepas adik dah abes belajar pun,adik akan sentiasa ingat nenek..


Disebabkan selalu datang rumah k.nad ni la saya telah menjadi adik angkat kepada adik k.nad.
hehehe.....kalau dah jadi adik & abang angkat,mesti jadi anak sekali kan.
Waktu raya ramai datang rumah.
Semua sedara mara tanya, siapa ni?
Dengan selambe nye mak cakap anak angkat.
HEEEEE.....MALU LAAAAAA....

Tuesday, September 28, 2010

Sampai disini saja

Saya rasa awak dah tak perlu kan saya. Setiap kali saya call awak, awak sentiasa sibuk. Awak kata, awak ada program ni la, program tu la. Saya tahu la awak Presiden ALS iic, tapi sibuk awak tu kalah artis. Malam pun tak de masa untuk saya. Tapi awak sempat pulak ON9 FB. Saya sibuk macam mana pun, saya tetap call awak.

Kita munkin tak ada jodoh, sebab setiap kali saya call, kita mesti bergaduh. Maafkan saya sebab tak angkat call awak masa befday awak. Saya tak nak gaduh dengan awak lagi.

Kenapa awak tak balas msg saya? Saya perlukan jawapan awak je! Saya rasa sampai sini saja lah. Saya tak akan ganggu awak lagi.

sy xkn ggu awk lg lps ni. sorry 4 everytg. Selamat Hari Raya.
Maaf zahir batin. :o 900920

Sunday, September 26, 2010

Akim vs Afiq

bakal pemimpin negara nih...amin........
Kalau aku balik rumah, mesti budak ni nak gaduh dengan aku. Tak sayang aku lah tu. Kalau  akim dah geram sangat,mesti dia akan angkat bagasi aku tapi dalam tu tak de baju pun. hak3... Pe la budak ni... Kalau  aku dah nak balik kolej, tak bagi lak aku pergi. Hampeh nye budak. Tak sayang ko pun..hak3.. Sayang afiq je...hu3.... Adik sendiri aku tak nak sayang, anak orang aku sayang..

afiq sengeh je..tapi kalau dah garang...abes...

Friday, September 24, 2010

"The best part Raya"

Raya kan sebulan. So i pun ape lagi, dah start belajar balik pun, i masih dapat duit raya tau.Matlamat i tahun ni,tak nak mintak duit raya pada akak2 KOLEJ.Tapi dah mereka yang nak bagi..huhuhu..
 
Kakak KUIM ni memang best lah. Yela, i kan kecik lagi, baru 19 tahun. Mereka semua dah 20an. I je masih muda dan comei.hehe.. Dengan tak malu nya, i mintak duit raya dan orang yang pertama bagi k.ecah lah. Semua orang terkejut. Mana tak nya, dia susah nak bagi duit kat orang.Aku kira bertuah lah masa tu..huhuhu... K.eton bagi 3ringet,k.ika bagi 2 ringet, k.ecah bagi 1 ringet je.




Dah raya kat house sendiri, jalan raya kat rumah depan. Siap mereka menjamu aku dengan kuih raya yang banyak sangat dan makanan mihun k.adah lagi, roti canai k.siti dengan kuih raya GOLEK2 k.yana. Air bukan main lagi tau, air oren tuuu...sodap lah k.siti..hahaha.....  Dah abes makan, k.iman hulur duit raya. Igat kan sampul duit raya, rupa nya i dapat duit singapore....  two dollars lak tu..waaa..... K.siti bagi rm2 and k.yana rm1 jee...hehehehe...and i dapat duit raya dari famly serawak tau rm2. thanx umi..sedap sambal umi buat. Kenyang raya rumah depan..


Lepas raya rumah depan, rumah tingkat2 lak. Jom serbu....  1st dari k.nad lah m2..Rumah bawah hanya dapat duit raya je..kuih dah abes. K.nad kecik bagi 80sen jee..hehehe...klakar lah..K.kin rm1 and k.pipah rm1.50. Ade lak 50sen tuu.... 

Lepas habes i puasa 6 ni, k.myra janji nak bg duit raya. I akan tuntut ok.. :))

Thursday, September 23, 2010

Sahabat---> dimana kau




Tiba-tiba aku rindu dengan mereka semua (x-kiblah) dari form1 sampailah form5. Kalau nak jumpa memang masing-masing sibuk kalah kan artis. Ada yang tengah study, ada yang kerja, ada yang dah kawen pun ada. Kalau ikutkan aku, nak je aku stop kan masa bagi dapat jumpa mereka semua. Boleh ke aku buat macam tu?? :(

Kalau lah masa boleh berputar, aku akan selalu pusingkan masa tu. Rasa macam kejap je hari berlalu. Mungkin aku selalu tengok kelander. hehe.. Apa yang boleh mengubat rindu selain melihat gambar-gambar mereka yang sangat lah comei tuu..huhuhu...Ada yang ber GENG, ada yang SORANG2. Semua dah besar. Macam tak caya je. Masa berlalu begitu cepat.

Ya Allah. Selamatkan lah kawan-kawan aku dimana sahaja mereka berada. Aku selalu merindui mereka sehinggakan hari ini aku terpikir-pikirkan mereka. Kau lindungilah mereka semua. Aku terlalu sayang pada mereka.Jauhilah mereka daripada godaan dunia dan syaiton. Kerana mereka adalah insan yang lemah.

Sunday, September 19, 2010

Biar sepi menemani ku

Biar malam berterusan, jangan adanya siang. Kerana malam akan sepi seperti ku. 
Mereka kata, aku seorang yang EGO? Aku tak dapat nak kenal hati sendiri. 
Kenapa hati aku sakit melihat nya, padahal aku dah tak ada apa-apa. Kenapa dengan hati ni?

Dulu I* pernah mintak kapel, aku tolak sebab kan seseorang.Kini dia dah berpunya.Next member class lak D***.. Gayut dari pagi sampai subuh.Mane tak nya, super sever Rm2 sampai subuh masa tu. Dia pn mntak kapel then aku tak nak.Disebabkan seseorang gak.Last2 jadi abang angkat je.Next dengan A***. Dulu kawan,sekarang kapel. Tak lama pun. Dah putus disebabkan salah faham.Dia sampai tak tahu macam mana nak pujuk aku. Last,dia hilangkan diri. Sampai la aku jumpa dia balik.Dia dah berpunya. Kesian....(ok je sebenarnya)

Sekarang kOlej. Aku tak tahu mana dia dapat no aku. Aku tak boleh nak terima dia bila dia mintak kapel.Mungkin sebab gosip dia dengan member class dia. Lagi aku sedih, dia pindah kolej tanpa bagi tahu aku.Kenapa dengan hati ni? Mungkin sebab dulu dia take care dengan aku.Sekarang? Dia pun menghilangkan diri. Aku masih menunggunya.Dan dia menunggu aku ke?


Thursday, September 16, 2010

Kelantan deh

Melawat kelantan cuti kali ni. Dah lama rasa nya tak datang kelantan. Last rasenya form4. Tu pun sebab ada lawatan kat Sri Kiblah. Cuti ni mak ayah cadang nak datang rumah kakak ipar. Tapi tak jadi lak. Dah sampai kelantan, hanya membeli belah je.

1st yang i nampak, mestilah bear. Besar sangat dan comei. Harga pun boleh tahan. Tapi tak dapat pun. hehe.. Mak belikan bantal ULAT je. Comei bantal ulat ni. Macam ulat gEmok..


comeiiiii nyeeee dyeeee.....ulat...hehehe
mak yang snap kn...pandai MAK...
"abg mana akim?"abg baru bagun..ayah je slalu bgun awal..."  pandai mulut ko eh!!
Ayah mesti beli buah. Durian la apa lagi. Besar gila.. Mak tak habis-habis dengan baju. Abang tak payah cakap la, semua dia nak. Akim lagi la, mainan je dia tahu. Dah dapat kereta kontrol,senyap terus. Dah lama famly tak komplet macam ni. Heee.....fresh and white!! Always in my memory....


Tuesday, September 14, 2010

Raya lagi <---- :o

Apabila tok dah duduk kat kerusi, tak paham-paham lagi? mintak maaf laa...ape lagi.. (",) Bermula lah salam bersalaman, maaf bermaafan, saling kenang berkenangan dan macam2 lagi. Ada babak sedih, ada juga babak gembira. Tu lah lumrah hidup. 

1st raya and raya kedua (Jumaat-Sabtu) dari Perlis pergi Kedah. Macam pergi Serendah ke Rawang. Yela, 2 hari pergi Kedah rumah saudara. Macam dekat sangat ulang alik Perlis-Kedah tu. Raya kedua tu, pergi hospital je, tengok "ABG" tok sakit. Dia baru lepas opret perut.Kesian sangat tok wan sakit masa raya.

bila makanan dah depan mata...apa lagi cepat je cuda' ni..
ustaz amirul dengan ustaz syahmi tak abes2 tengok gambar tuuu
bila orang tua2 dah sembang...herrmmm....
GEMOK pon nak masuk dalam gambar gakkkkk........hahaha comai akim pakai songkok..
Raya ke3 pergi GUA KELAM. Ramai jugak orang raya kat gua kelam ni. Paling best  naik anak tangga tinggi. Abang2 dah cakap jangan naik, lincin. Tengok2 dah sampai atas dah kitorang. Sebab kami dengar, jaga akim, lincin tu. Kalau dah semua pekak dalam hutan, tak boleh nak salah kan sapa2 lah.hahaha.. Alhamdulilah semua selamat naik dan turun walaupun jalan agak lincin. Ni baru bla MAK aku.

Selamat Datang!! aik..mak ngah,pak ngah and tok tak nak naik...ok!!
Ayah spoting abesss....
hanya kami berlima (sepupu) sahaja yang sanggup naik sampai atas termasuk orang yg snap gmbr ni... sepupu yang terbaik lah!!
piss....cuda' and abg mirul.. "rase nk sekeh je pale dak ni" dlm hati abg ckp..hahaha
abg aku dengan adik aku dah lama tak masuk hutan la tuu... ( budak ni pakai baju ni masuk hutan) boleh tahan..
3 jejaka ni gila camere gak rupanya....
nak turun dah..anak sapa la ni...??

Raya ke4-----> Pergi Perak. Best sangat dapat jumpa ramai saudara ayah yang aku tidak pernah kenal lagi dari kecik. Ramai sepupu ayah yang hidup sederhana, serba kekurangan, tetapi boleh teruskan hidup lagi. Di mana ada usaha, di situ ada jalan. Spupu ayah ni, aku panggil "pak su". Dia pandai sangat baiki mesin basuh. Kemahiran itu yang ada padanya menyara keluarganya sendiri. Lebih 10 tahun hidup dalam kemiskinan. Isteri nya baru berusia 23 tahun. Semoge pak su sukses :)

TOK UDA...Tolong la jangan buat lawak sangat. Sakit perut aku gelak. Tak pernah aku gelak sampai keluar air mata. Dah tua2 pun, jiwa masih muda. Ni adik wan yang paling klakar. Suke buat orang gelak. aduuuhh.... thanx tok uda bagi duet raya rm10 pun jadi lah. Asalkan ada..heeee weeee dapatttttt!!!!!!!!!!!!

terlalu banyak ketawa, jangan lupa baca Al-Quran ^-^

Monday, September 13, 2010

sAlam aidilfitri 10 Sep 2010





1st raye aq terbangun lambt.. perhh....penat nyeee... bangun2 kene gosok sume bju mk, ayah, adik dengan abg. Cian nye nasib aku ini. Dah siap2 sume, Syuhada lak tak mandi lagi. Aduh!! kene tunggu lagi sorang ni. Kalau cepat tak pe..ni semua dah pergi dulu masjid, tinggal la aku dan Syuhada je dalam rumah. Nenek memang tak gi solat raya. Biasa la orang lama nak buat ketupat dan rendang.

Syuhada!!!Cepat laaa!!!! pagi2 dah menjerit2 masing-masing. Sambil berjalan ke masjid, disunatkan bertakbir perlahan bagi wanita, dan jalan ke masjid tempat lain, dan balik tempat lain. Ok, Syuhada pon dah siap. Tengah jalan-jalan nak ke Masjid, pak Imam menjerit dari jauh. Guna mickofon lak tu. Cepat skit yang tengah jalan tu!!Kita dah nak mula kan solat ni!! aku dengan syuhada pun pusing blakang. Tengok2 tak de sape pun kat belakang. Dah masuk pintu masjid, semua orang tengok kiteorang. perhhh....malu gila.... Dalam hati mak,ayah,mak ngah,pak ngah, "tu mesti anak aku". Memang betul pun.Maluuuu.....

Monday, September 6, 2010

aKu dAh besAr kEr <--- (",)





Genap umur ku 19 tahun. Wah dah besar anak mak yeee.. bEtol ke ni? macam tak percaya je.. Yela, sampai bila aku nak jadi budak kecik. Ramai lagi orang akan igat aku ni form 3. Ade ke mak cik tu cakap aku form3. Kecik sangat ke aku ni? ermm...

Banyak yang mendoakan aku ketika tepat jAm 12 malam tarikh 5 september. Tq kepada semua dengan wish yang korang bagi sama ada yang kenal dan juga tidak kenal. Yang wish depan-depan , yang wish kat fon dan facebook, thanx banyak-banyak. Kepada MEK, aku akan sentiasa bersama ko walau susah dan senang. Semoge kita akan menjadi kawan sampai bila-bila. Amin... Rindu pulak dengan dak kiblah... lAgi-lagi tyme form3 & 4. Semua ada hala tuju masing2. Kos belaja dan tempat belajar berbeza. Semoge kita semua kekal sahabat..amin..

Balik kolej nanti, ramai nAk bagi hadiah ni. Aku akan nanti kan.. weeee....... (geram je dorg dgn aku)..
Yela..aku je dak kecik kat kolej, tu la gedix skit dengan akak2 n abg2...huahuahuahua

InsyaAllah, aku akan menjadi lebih baik dari sebelum ini. Try perbaiki diri dan menjadi matang skit. hehe..

Saturday, September 4, 2010

CaRa aTasi pAtah hAti

  • PERCAYA PADA TAKDIR
  • RELAKAN
  • LUPAKAN
  • AMBIL HIKMAHNYA
  • BE NICE
  • JANGAN BERSENDIRIAN
  • BERSEDIA UNTUK ORANG BARU
  • SERLAHKAN POTENSI DIRI
  • BERDOA DAN TAWAKAL
Semua orang akan merasakan detik yang paling sukar dalam hidup. kecewa atau patah hati adalah perkara yang sangat menyakitkan. Ya Allah, tabahkan lah hati hamba mu. Kuatkan lah semangat nya. 

Amin...

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...