Pages

Thursday, September 23, 2010

Sahabat---> dimana kau




Tiba-tiba aku rindu dengan mereka semua (x-kiblah) dari form1 sampailah form5. Kalau nak jumpa memang masing-masing sibuk kalah kan artis. Ada yang tengah study, ada yang kerja, ada yang dah kawen pun ada. Kalau ikutkan aku, nak je aku stop kan masa bagi dapat jumpa mereka semua. Boleh ke aku buat macam tu?? :(

Kalau lah masa boleh berputar, aku akan selalu pusingkan masa tu. Rasa macam kejap je hari berlalu. Mungkin aku selalu tengok kelander. hehe.. Apa yang boleh mengubat rindu selain melihat gambar-gambar mereka yang sangat lah comei tuu..huhuhu...Ada yang ber GENG, ada yang SORANG2. Semua dah besar. Macam tak caya je. Masa berlalu begitu cepat.

Ya Allah. Selamatkan lah kawan-kawan aku dimana sahaja mereka berada. Aku selalu merindui mereka sehinggakan hari ini aku terpikir-pikirkan mereka. Kau lindungilah mereka semua. Aku terlalu sayang pada mereka.Jauhilah mereka daripada godaan dunia dan syaiton. Kerana mereka adalah insan yang lemah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...