Pages

Monday, June 27, 2011

Resepi Monday.

Hye TOLONG lah paham!!!
Ayam yang disunting lebih bahaya daripada orang yang merokok tau.
BETOL.. Ade kajian dah buat.
Kalau nak makan ayam, beli lah ayam kampung.

Hari ni saya nak kongsi cara masakan tom yam yang sedap. Tom yam honey namanya. Sebab nama saya hanisah! HAA...KAN... HAHAHA!! Kalau nak cuba, cuba lah di rumah yea..

BAHAN-BAHAN :
150 gram daging (dipotong nipis)
150 gram ayam (dipotong dadu)
1 paket cendawan tiram kelabu (dicarik)
1/2 batang lobak merah (dipotong bulat)
30 gram kubis bunga (dipotong)

1 tangkai daun saderi
2 cawan air / secukupnya
1 labu bawang besar (dipotong bulat)
2 batang serai (diketuk)
7 helai daun limau purut (basuh dulu tau)

5 biji cili api (dipotong serong)
1 tangkai daun ketumbar (dipotong)
2 kiub tomyam
garam secukup rasa
2 sudu makan minyak masak

CARA-CARA MASAK :
1. Macam biasa la, panaskan minyak. Then tumis bawang besar, serai,
cili api, daun ketumbar, daun sederi & daun limau purut. Tumis sampai naik bau.

2. Then masukkan kiub tomyam, daging & ayam. (kacau jap)

3. Masukkan 2/3 cawan air. Biar sampai mendidih dan
daging masak.

4. Tambahkan sedikit garam.

5. Kacau dan siap.

HAaaa..... Senang je kan? Bak kate orang tua-tua, orang buta pun boleh buat. Kalau makan di kedai, mungkin 3 atau 4 ringgit tomyam. Bahan sikit lak tu. Kalau buat sendiri, baru puas nak makan kan. Nikmat dunia makan dengan nasi panas-panas dengan sambal belacan. Perh!! Nyam3.. Selamat mencuba.. :)

Ditulis oleh : Adeq Niesa

Sunday, June 26, 2011

Ketentuan Allah!

Jam 4pagi di hyway Ipoh, Perak. Van Toyota telah melanggar lori akibat terlelap. Semua buah-buahan seperti mangga dan juga kacang tanah telah bertaburan di jalan raya. Cermin depan van berkecai dan juga remuk akibat perlanggaran yang kuat. Mangsa di dapati tersepit dan berjaya keluar dari van melalui cermin depan.

Mangsa mula mengutip mangga setelah pengguna jalan raya mula mempelahankan kendaraan nya. Tidak kurang 15 minit kemudian, kereta peronda datang. Van di tarik sehingga ke Bukit Beruntung dan barang-barang niaga di keluarkan di pasar pagi Bukit Beruntung.

Sejam kemudian, van toyota di bawa ke Serendah untuk di buat report dan sebagainya. Alhamdulilah mangsa selamat. Ini semua ketentuan Allah. Van boleh diganti rugi, nyawa tiada ganti. :)

"Allah lah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan kepadaNyalah kamu akan dikembalikan untuk menerima balasan." (Yunus 10:56)

Friday, June 24, 2011

Senyum itu sedekah.

Perkara yang mudah dilakukan adalah senyum.
Sebab kami tak minta bayaran pun.
:) (:

"Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri." (Yunus 10:44)

Thursday, June 23, 2011

Seloka untuk mereka

Dari sem1 hingga sem6 laa,
Setia di KUIM kadang2 fikir nak pindah daa,
Gelak ketawa & menangis sentiasa bersama,
Inilah dia DP Hawok diingatan selamanya..

Dari Pulau Pinang datang ke Melaka,
Masakan kari paling dia suka,
Nadia Othman orangnya ceria,
Tapi bila exam mula kerut pening kepala..

Dari jauh nampak macam lidi,
Dia juga yang paling tinggi,
Kalau bab makan dia no1 sekali,
Syafiqah Azman suka perasan sendiri..

Matanya bulat menggoda sekali,
Bila bagi nasihat tiada noktah henti,
Siapa tak kenal kakak DP ni,
K.Nad besar gelaran diberi..

Mukanya bujur berseri selalu,
Usikan taik lalat hitam, muka jadi biru,
Datang ke KUIM suka pakai baju ungu,
Syadatul Umira orangnya pemalu..

Dia sporting tapi malas jalan kaki,
Kereta putihnya selalu tumpangkan kami,
Muka macam singa tapi hati ada taman & berbudi,
Shakinah Kamarudin suka ikut perasaan sendiri..

Jawatan ceti orangnya comel sekali,
Sengkek habis duit poket kami,
Tengok Hp asyik senyum sendiri,
Adeq Niesa nama diberi..

Bila dalam kelas tak mahu bertanya,
Kawan baik selalu tolong padanya,
Terlupa barang sikit mula mengelabah,
Anak Samat namanya Afifah..

Pangkat TYDP jawatan diberi,
Ikan keli paling diminati,
Bila ketawa tak tahu nak berhenti,
Siti Shallehaton anak kelahiran negori..

Peminat setia lagu Korea dia,
Time exam nak markah tinggi je,
Kalau boring kucing dicarinya,
Rasa-rasa Asnida lah orang nya..

Seloka dibuat saja suka-suka,
nantikan lagi dari saya... HAHAHA!!! JANGAN MARAH..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...