Pages

Thursday, June 23, 2011

Seloka untuk mereka

Dari sem1 hingga sem6 laa,
Setia di KUIM kadang2 fikir nak pindah daa,
Gelak ketawa & menangis sentiasa bersama,
Inilah dia DP Hawok diingatan selamanya..

Dari Pulau Pinang datang ke Melaka,
Masakan kari paling dia suka,
Nadia Othman orangnya ceria,
Tapi bila exam mula kerut pening kepala..

Dari jauh nampak macam lidi,
Dia juga yang paling tinggi,
Kalau bab makan dia no1 sekali,
Syafiqah Azman suka perasan sendiri..

Matanya bulat menggoda sekali,
Bila bagi nasihat tiada noktah henti,
Siapa tak kenal kakak DP ni,
K.Nad besar gelaran diberi..

Mukanya bujur berseri selalu,
Usikan taik lalat hitam, muka jadi biru,
Datang ke KUIM suka pakai baju ungu,
Syadatul Umira orangnya pemalu..

Dia sporting tapi malas jalan kaki,
Kereta putihnya selalu tumpangkan kami,
Muka macam singa tapi hati ada taman & berbudi,
Shakinah Kamarudin suka ikut perasaan sendiri..

Jawatan ceti orangnya comel sekali,
Sengkek habis duit poket kami,
Tengok Hp asyik senyum sendiri,
Adeq Niesa nama diberi..

Bila dalam kelas tak mahu bertanya,
Kawan baik selalu tolong padanya,
Terlupa barang sikit mula mengelabah,
Anak Samat namanya Afifah..

Pangkat TYDP jawatan diberi,
Ikan keli paling diminati,
Bila ketawa tak tahu nak berhenti,
Siti Shallehaton anak kelahiran negori..

Peminat setia lagu Korea dia,
Time exam nak markah tinggi je,
Kalau boring kucing dicarinya,
Rasa-rasa Asnida lah orang nya..

Seloka dibuat saja suka-suka,
nantikan lagi dari saya... HAHAHA!!! JANGAN MARAH..
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...