Pages

Wednesday, August 1, 2012

Tragedi Ramadhan! T__T

Aku masih ingat, tragedi yang manimpa keluarga. Allah menguji kami sekeluarga. Masa tu ayah aku menimpa kemalangan jalan raya. Van yang satu-satunya kami miliki telah remuk teruk. Alhamdulilah ayah selamat. Allah masih berikan kesempatan untuk aku memiliki ayah. I LOVE U AYAH! Ayah cuma mengalami kesakitan sedikit di tangan. Alhamdulilah  seminggu dah sihat.. Tetapi van yang masuk ICU, hampir 3bulan tak sihat lagi. Bak kata orang melayu, "patah kaki" kalau tak ada kenderaan.


Orang pertama aku bagi tahu tentang kemalangan ayah aku ialah Mek Myza! Aku terjumpa dia di Mamak Rejang. Tapi tak dapat nak cerita habis. Hemm.. Kami tidak menangis di depan ayah, tapi belakang ayah hanya Allah saja yang tahu. Melihat ketabahan ayah, mengalir air mata ku. Aku, abang dan mak menahan sebak melihat ayah. :(




Pada hari konvo ku, aku menaiki bas ke Melaka. Alhamdulilah ada famly tumpangkan aku untuk tidur di sana. Thank you k.nad dan famly. Adik akan ingat sampai bila2. :( Ayah aku pula datang 2hari kemudian menaiki kereta yang diberi pinjam oleh sepupu aku. Selesai konvo, aku dan famly segera balik ke KL kerana sepupu aku mahu guna kereta pada malam tu.



 
Tak sempat aku nak bergambar dengan rakan kelas disebabkan mahu pulang cepat. Sampai je KL, ayah hantar Maal ke stesen lrt Ampang. Thank you abg sebab sanggup datang hari konvo syg. :( Malam tu juga, ayah cari teksi untuk kami pulang ke rumah selepas hantar kereta sepupu.




Bermula lah Ramadhan selepas aku konvo. Ayah mahu ke Masjid untuk solat jumaat. Dari rumah nak ke masjid agak jauh juga. Ayah letih untuk naiki basikal lagi. Ayah mahu pinjamkan motor jiran, tapi apakan daya, jiran tiada di rumah. Ayah terpaksa menaiki basikal juga.


Pada waktu petang pula, aku dan mak mahu memasak untuk berbuka. Barang-barang masak pula kehabisan stok. Aku dan ayah terpaksa menaiki basikal lagi untuk ke pasar. Balik dari pasar, ayah cari kereta. Manalah tahu ada orang mahu beri untuk di sewa, tapi tiada siapa mahu disewakan. Yalah, semua orang ada satu kereta je masa tu. Mereka pun memerlukan juga. Sampaikan kawan india ayah datang memberikan van kepada ayah. Kadang-kadang si kancil diberikan pinjam.


Tak lama lepas tu, ada hamba Allah lain pula yang sanggup berikan van sebagai pinjaman. Dia tidak harapkan balasan apa-apa sama seperti pak cik india tu. Hati mereka sungguh mulia masa tu. Thank You!


Tragedi Ramadhan tidak akan ku lupa. Aku sudah biasa hidup senang. Ada van, ada segalanya kemewahan di dunia ni. Tetapi sekali Allah menguji aku, aku tidak dapat menanggung bebanan tu. 2 minggu lagi akan tibanya hari raya. Kami tiada lagi baju raya untuk di pakai. Tiada van, tiada lah raya. Terawah pun hanya di kawasan rumah. Ramadhan kami hanya duduk di rumah sahaja. Ayah tekad untuk beli van baru dan kereta baru. Ayah call kawan ayah. Anak dia boleh uruskan urusan pinjaman bank. Ayah mahu percepatkan pengeluaran van dan kereta sebelum hari raya tiba.


Kebiasaan setiap tahun ayah akan bawa kek satu lori ke Perlis untuk dijual. Kita hanya mampu merancang, Allah sahaja yang menentukannya. Ayah redho, tabah dan tawakal je masa tu. Ayah oder kek hampir satu lori, tetapi van dan kereta masih tiada. Allah yang menentukan segalanya. Kami sangat yakin dengan Allah.


Pada malam 3 terakhir sebelum raya, van ayah tiba di hadapan rumah pada pukul 3.00 pagi. Alhamdulilah. Kami bersyukur pada mu Ya Allah! Aku nampak keriangan pada muka mak dan ayah pada masa tu. Aku, abang, adik, mak dan ayah mula menaiki van untuk ke Masjid. Tempat pertama kami tuju adalah Masjid Nurul Iman, Serendah. Ayah bersahur di sana bersama orang masjid. Petang tu, kami terus ke perlis bersama dengan kek satu lori.


 

Allah Maha Bijaksana. Dia lah penentu segala urusan di dunia ini. KERETA KU DAPAT BILA? Kereta aku akan ku update hari lain. :) HEHE! Mak aku kan, sampai sekarang masih lagi bercakap tentang tragedi Ramadhan kami tahun lepas.


Truma mak masih lagi belum hilang. Aku hanya mampu untuk bersenyum pada mak. Aku tekad tahun ni ke masjid untuk teraweh setiap hari di berlainan masjid. Alhamdulilah Ramadhan ke11 ni, aku masih lagi ke masjid untuk teraweh bersama-sama dengan imam. Thank You Allah. I LOVE U ALLAH! :)

1st teraweh - Masjid Nurul Iman, Serendah.
2 teraweh - Surau Kedutaan Arab, Ampang.
3 teraweh - Masjid flat abang, Rejang.
4 teraweh - Surau flat rumah tok, Ampang.
5 teraweh - Masjid sunnah, Wangsa Maju.
6 teraweh - Masjid Kelab Darul Ehsan, Ampang.
7 teraweh - Masjid rejang, Wangsa Maju.
8 teraweh - Masjid Muaz Ibn Jabal, Setiawangsa.  
9 teraweh - Masjid Rawang.
10 teraweh - Surau flat wan semarak, Setapak.
11 teraweh - Masjid Nurul Iman, Serendah.

Alhamdulilah dapat teraweh banyak tempat tahun ni. Hajat nak ke Masjid Putrajaya pula dengan Masjid Biru Shah Alam. Tak pun Masjid Negeri. :) Insha-Allah Allah akan mudahkan jalan untuk ku. AMiN! :D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...