Tuesday, April 15, 2014

Kisah Kita : Nikah

 
 
15.03.2014
Assalamualaikum!!

Ehem ehem!! Dah genap sebulan jadi isteri. Macam tak percaya je. Semalam pun En Suami tanya lagi, "betol ke kita suami isteri ni?" Hahaha.. Kitorang tengah mud2 honeymoon lagi ni sebenarnya.

Banyak betol dugaan sebelum nikah. Dengan air tak ada masa tu. Alhamdulilah syabas datang hantar air. Sebelum nikah, mandi satu baldi je tau. Dugaannnnn... Kesian sedara2 yang lain terpaksa mandi kat masjid. 2hari sebelum nikah pula, bakal abah mertua masuk wad kat PPUM. Hanya Allah je yang tahu hati sedih masa tu. Bila time nikah, abah ada di wad.

Kita rancang nikah pukul11. Masa tu pula Syabas datang hantar air. Panik jugak la masa tu ayah sibuk2 lagi kat dapur uruskan hal2 masak. Allah maha mengetahui, Dia dah merancang untuk kita. Jiran2 dan sedara2 banyak sangat membantu. Gotong-royong masak2 alhamdulilah semua berjalan lancar. Bila nak bergerak ke masjid, kereta pula tak ada. Naik la bmw abg foto..hehe.. 

Sampai je masjid, pihak lelaki belum sampai lagi, sesak lalu lintas katanya. Ya Allah! Lama jugak la tunggu. Pukul12.30 baru pihak lelaki sampai. Dugaannn... Ada yang kereta rosak pula masa tu. hihi.. Sampai je bakal suami, nampak Mama dia and abang2 dia terus berdebar2 jantung ni. 

Alhamdulilah sekali lafaz, aku bergelar isteri kepada Muhammad Maal Zainudin. Sayang nya ayah aku wakilkan pada tok kadi tu. Nak nangis masa tu, tahan je sebak sebab ayah tak sedia. Selesai akad nikah, suami solat sunat. Menitis air mata suami lepas selesai solat. Aku hanya keraskan hati je masa tu. Tak nak air mata jatuh sama. Walaupun abah suami ada di wad, aku tahu abah nak sangat datang tengok anak dia ni nikah. :(
 
 

Walaupun tengah sedih, senyuman tetap ada bila suami mula sarungkan cincin pada jari aku. 15.04.14 baru sebulan hidup sebagai suami isteri. Insha Allah akan bersambung celoteh Resepsi punya cerita..

Bersambung..

 



   



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...