Thursday, May 15, 2014

Kisah Kita : Sanding


Assalamualaikum!!

Kali ni kisah sanding pula.. Mana la tahu nanti dah tua, anak2 buka blog ibu die boleh la die tahu kisah2 sanding ibu abah dia kan?? :D 

16.03.2014

Tarikh keramat bagi aku dan suami. Pukul 5 pagi aku dah terjaga dari tido. Siap2 kan meja makan beradab  merangkap "sanding" aku yang tertangguh tu. Pagi2 buta tu aku tengok semua tidur tak sedar diri.. Hehe.. Penat sangat la tu semalam nye gotong royong masak2. Ketua tukang masak awal2 dah bangun dari aku. Awal gile die bangun. Aku tengok ayah aku macam tak tidur. Sibuk sorang2 die tu pagi2 buta. 

Abes solat subuh, aku mandi. Maklum la, Selangor kan tengah catuan air masa tu, pengantin pon mandi satu baldi je tau. Alhamdulilah Pihak Syabas hantar air, angkut jugak la aku dengan sedara2 yg lain. Kesian pengantin. Hahaha!! :D

Pukul9.00 pagi, k.Noni (andam) dah sampai. Aku masih di luar sibuk red carpet aku tu dengan bunga2 lagi tak susun. Hahaha! Mak dah bising2 aku belum mek up lagi. Masuk je bilik, abg foto dah sampai. Dah siap, mula la sesi gambar dengan tetamu yang datang awal.

Lepas solat zohor, pihak lelaki dah datang. Rombongan suami dari masjid Serendah. Lepas solat, semua gerak ke rumah aku. Langkah je kaki keluar, terkedu lihat ramai giler tetamu. Semua mata tertumpu pada aku. Ya Allah malu nye (-,-)

Bila tengok muka suami, hilang rasa nerves. Masa tu tak pandang dah abang2 die kat belakang tu. Hahaha.. Ramai sangat rombongan suami bawa. Wan aku siap kire lagi brape orang rombongan yg datang. Hahaha..


Lepas jalan red carpet, makan beradap. And then bergambar lagi. Lepas asar je, abg foto bawa keluar untuk sesi bergambar diluar kawasan. Penat jugak la. Nasib ade suami kt sebelah, hilang rase penat tu. :)

Thank you korang yang datang awal2 giler tu. Yang jauh2! Yang doakan! Yang xdatang and doakan kami! Thank you!! Thank you mak ayah, keluarga belah mak, keluarga belah ayah, keluarga belah suami, tetamu yang cool, kawan aku kawan2 kiblah, kawan2 kuim, kawan dari kecik2 tu, kawan2 suami yang ramai giler dari aku dan tak lupe pengapit aku.

Thank you semua. Jiran2, tukang masak, dj sepupu aku "abg mirol", kumpulan kompang, abg foto, k.noni (andam),  k.liza (hiasan), kumpulan khemah jiran aku. Thank you! Semoga Allah balas jasa anda sekalian. Amin! :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...