Pages

Thursday, January 5, 2012

10 sifat calon suami yang baik


1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat
fardhu, kerap berjemaah dan solat pada
awal waktu. Auratnya juga sentiasa
dipelihara dan memakai pakaian yang
sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama
sewaktu bersukan.
 
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang
nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang
yang lembut dan mudah bertolak ansur.
Pertuturannya juga mesti sopan,
melambangkan peribadi dan hatinya yang
mulia.
 
3. Tegas mempertahankan maruahnya.
Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang
boleh menjatuhkan kredibilitinya.
 
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang
diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa
dan kedudukan.
 
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu
membelanjakan wang dengan bijaksana.
 
6. Menjaga mata dengan tidak melihat
perempuan lain yang lalu lalang ketika
sedang bercakap-cakap.
 
7. Pergaulan yang terbatas, tidak
mengamalkan cara hidup bebas walaupun
dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
 
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik.
Rakan pergaulan seseorang itu biasanya
sama.
 
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan
keluarga dan ibu bapanya.
 
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa
bercakap atau membuat kerja atau masa
kecemasan.

Kalaula abg mel baca ni T__T  #Ber"couple"itu Haram.

Wednesday, January 4, 2012

Cinta tanpa restu ibarat jasad tak bernyawa

◕▄███▄◕──◕▄██▄◕ ──◕▄███◕─◕▄███▄ ◕
◕▀──██◕─◕██──██ ◕───◕██◕─◕▀──██ ◕
◕──██◕──◕██──██ ◕───◕██◕─◕──██◕
◕─██◕───◕██──██ ◕───◕██◕─◕─██◕
 ◕█████◕──◕▀██▀◕ ───◕▄██▄◕◕█████ ◕ 
 Assalamualaikum! 
Catatan malam ni. Selamat Tahun Baru kepada semua. 4 hari kita berada pada tahun 2012. Apa beza tahun baru dengan tahun lepas? Adakah sama sahaja? Atau berbeza mengikut nombor saja kah? Atau memperbaiki amalan kita pada yang Esa kah? Atau kejarkan dunia saja kah? Atau atau dan atau ?  
Persoalan yang tak habis. Malam ni hanya dinner dgn mak sahaja. Adik akim da masuk asrama, abang da balik rumah baru dia, ayah da kembali bekerja. Kesian nya mak kalau aku pun tinggalkan rumah ni. Sunyi tanpa mereka. Apa mak selalu buat eh kalau aku masih belajar dulu? Dari kecik tak stay rumah, masuk asrama sampai la ke Diploma. Kalau aku kerja dan duduk rumah lain juga, kesian nya mak. T__T
Hello Assalamualikum! I am 8 years old :)
Hantar je adik akim masuk asrama, Dia senyum macam ni. Hermm.. Rindu nak gaduh dengan budak putih ni. Hihi.. 
On 2012, I am single. Yes! I am single! Kan tak kawen lagi, memang lah kan? So jodoh itu rahsia Allah. Aku hanya perlu bersabar untuk itu. "Wanita yang baik, untuk lelaki yang baik, lelaki yang baik, untuk wanita yang baik, begitu juga sebaliknya..... " Walahualam.

Thursday, December 29, 2011

Kisah 4 hari 3 malam bercuti - Part 3


Salam!

Alhamdulilah dapat juga hajat hati nak tulis sambungan dari Part 2 . TQ yang sudi baca. Walaupun anda silent pembaca, saya tahu siapa yang datang ke blog saya :) TQ kerana membaca!


Hari ketiga, majlis abang pun berlangsung. Alhamdulilah semua berjalan dengan lancar. Masakan orang kelantan tak lari dari manis nya. Manis seperti gula :) hihi.. Abang bertemu jodoh dengan orang Salor, Kelantan. Tak sangka dulu cuma rakan kelas di darjah4, kini mereka di gelar suami isteri.


Habis je majlis, kami pihak lelaki dah nak balik. ok tipu je. Nak berjalan-jalan kelantan dan ke terengganu pula. Kalau datang kelantan, tak sah kalau tak datang Pasar Siti Khadijah. Masa jalan-jalan, terjumpa Ustazah saya masa sekolah Johor dulu. Ya Allah tak sangka jauh perjalanan mereka, rupanya nak ke majlis abang saya :)


Selamat Datang!






After this, kami ke terengganu pula. Dari KL ke Kelantan ikut jalan Perak, balik ikut jalan Ganuh pula lakan.





Kami bermalam di rumah sepupu saya ni. Rumah along. Rehat 1 malam, esok bermula jalan lagi :)
Tengok adik saya tu, dia kejar anak buah dia ke, kejar "awex" dia ? haha :)



Masjid Kristal, Terengganu.


Kat sini, singgah rumah sedara ayah, and than tidur rumah sedara mak long kat sini.

 

Hai budak gemok! Dah nak balik KL la. Turun dari motor tu cepat! *apa kakak? Bising ah! Nak kene budak ni. Adik sapa la tuh! 

Sebenarnya, 5 hari 4 malam. Ok semuaa tertipu. hahaha! Bye.

Monday, December 26, 2011

Masalah jodoh bukanlah tentang “siapa dia?”. Tapi “bagaimana aku..?”

1. "Dalam diam aku tertarik dengan sifatnya, ilmunya, akhlaknya, ketampanannya, gaya pemakaiannya. Aku diam kerana aku tahu dia milik ALLAH, aku hanya perlu minta kepadaNYA." 
Semua orang mahukan lelaki yang soleh. Ingin miliki suami seperti kamu. Tetapi, layakkah aku? 
Semasa kita di pejabat, semua orang dah keluar 'lunch' tapi kita tidak henti menyiapkan kerja. Aku masih ingat lagi, hanya kita berdua sahaja di pejabat, Kamu tidak dekat kepada aku, malah kamu juga keluar dari pejabat setelah sedar yang kita hanya berdua. Dalam hati aku "kenapa kamu keluar?" Astafirullah! Kotornya hati aku.
2. "Anda belum matang sekiranya LEBIH banyak mengucapkan kalimah ‘I LOVE YOU’ berbanding kalimah zikir seperti SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH dan ALLAHU AKBAR!"
Aku tahu aku belum matang, Ilmu kamu jauh lebih tinggi dari aku. Lelaki yang miliki ilmu yang tinggi serta amalan nya berterusan. Tetapi aku? Aku hanya seorang yang tidak lagi mampu untuk melakukan amalan yg berterusan seperti kamu. Aku lalai dengan dunia.Astafirullah!
3. "Lelaki banyak tanggungjawab, aku hanya perlu bersabar" 
Aku tidak seperti kamu ramai adik beradik yang perlu kamu tanggung, tapi aku tetap terus bersabar menunggu kamu. Layakkah aku menunggu kamu untuk menjadi yang halal kepada kamu? Don't give up! And...
Never say Good Bye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...