Pages

Thursday, January 5, 2012

10 sifat calon suami yang baik


1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat
fardhu, kerap berjemaah dan solat pada
awal waktu. Auratnya juga sentiasa
dipelihara dan memakai pakaian yang
sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama
sewaktu bersukan.
 
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang
nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang
yang lembut dan mudah bertolak ansur.
Pertuturannya juga mesti sopan,
melambangkan peribadi dan hatinya yang
mulia.
 
3. Tegas mempertahankan maruahnya.
Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang
boleh menjatuhkan kredibilitinya.
 
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang
diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa
dan kedudukan.
 
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu
membelanjakan wang dengan bijaksana.
 
6. Menjaga mata dengan tidak melihat
perempuan lain yang lalu lalang ketika
sedang bercakap-cakap.
 
7. Pergaulan yang terbatas, tidak
mengamalkan cara hidup bebas walaupun
dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
 
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik.
Rakan pergaulan seseorang itu biasanya
sama.
 
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan
keluarga dan ibu bapanya.
 
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa
bercakap atau membuat kerja atau masa
kecemasan.

Kalaula abg mel baca ni T__T  #Ber"couple"itu Haram.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...