Pages

Monday, January 24, 2011

Calon kakak Ipar ku?

Assalamualaikum !



Tajuk pada hari ini mengenai "ORANG LUAR" !! Orang luar yang akan memasuki alam keluargaku. Teringin hati untuk mendapat kakak ipar cepat supaya i pun boleh kahwin cepat. HAHAHA!! Gatal ke atau ape ni? Actly i bukan gatal, tapi ingin percepatkan segalanya disebabkan kerisauan seorang ibu terhadap anak perempuannya ni. Lagi pun, syurga seorang isteri terletak pada suaminya. So, lepas i akan kahwin nanti, syurga i bukan di bawah tapak kaki ibu lagi kan? Ya i know that!!

 "Wanita-wanita yang keji untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji untuk wanita-wanita yang keji (pula) dan wanita-wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik (pula)." - Surah An-Nur: Ayat 26

Pada i, kakak ipar itu mestilah citarasa abang i. Bukan I yang akan kahwin dengan dia pun kan. So, i tak cerewet untuk terima/memilih kakak ipar yang macam mana pun. Tapi "dia" mestilah baik, pandai buat lawak, comei macam i :) , tahu agama, boleh bimbing abang i, seorang yang tahu menjaga aib suami, dan boleh mendidik anak-anak abang i dan "dia" nanti. Semoga bakal kakak ipar I dapat terima abang i seadanya dengan keluarga yang baru. 



“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sunday, January 23, 2011

"Wanita lebih banyak alami stress mental?"

HELLO!!!! ASSALAMUALAIKUM................

Alhamdulillah masih bernyawa di dunia ini. OMG!!! Tekanan untuk habiskan diploma ni semakin terasa. Hati terasa berdebar menunggu saat-saat yang akan hampir tiba iaitu HARI KONVO KU!! Lagi  beberapa bulan je.

@jadual class saya : isnin----> pengiklanan & isu semasa

                                 selasa---> penyelidikan

                                 rabu----> pengiklanan & hubungan dalam pemasaran

                                 khamis-> hubungan dlm pemasaran , isu semasa & penyelidikan

Hari jumaat sabtu ahad adalah hari untuk menyelesaikan assgment , perah otak & dating dengan bantal! HAHAHA!! Kenapa wanita sering kali alami stress? Antara sebabnya ialah banyak berfikir, kerja di tanggung sendiri, tiada waktu rehat dan banyak lagi. Saya juga sedang mengalami stress. Stress dengan kerja yang menimbun dan perlu dihantar dengan segera. Stress dengan program yang akan dilaksanakan. Huh!!! Penat!






Antara kesan wanita terhadap stress ialah :

  1. Rambut gugur.
  2. Badan menjadi lemah.
  3. Bintik-bintik di muka.
  4. Cepat marah.
Setiap wanita perlulah pandai atasi stress yang tersendiri. Cara-cara untuk atasi stress adalah banyakkan minum air suam, berfikiran terbuka, minta pendapat orang lain, pandai membahagikan masa dengan baik, masa tidur yang cukup dan beriadah.



SELAMAT BERAMAL. (",)

Tuesday, January 11, 2011

Permulaan kehidupan baru

Assalamualaikum.

-3 Januari 2011-
Alhamdulilah i baru sahaja mendaftar sem baru (sem6) untuk kali terakhir belajar di KuIm ni. Lepas 4 bulan je lagi i akan tamat belajar dan sekaligus memegang segulung Diploma di tangan. Doa kan i dapat yang terbaik ok.

InsyaAllah dengan izin Allah, I akan sambung pada Ijazah pula. Di mana nanti akan datang i akan bagi tahu. Yang terdekat ni i ada 2 pilihan iaitu UKM & UITM. 

(7 Januari 2011)
Subhanallah terharu bila kita disambut dengan meriah. Ala-ala majlis perpisahan antara i dengan Yadim. Mereka telah sponser kFc 2 bakul, and than pizza hut 2 kotak besar punya. Terharu sangat-sangat. Terima Kasih semua.

Images will be continue....

*11 Januari 2011*
Dirumah orang, kita susah menjadi diri sendiri,
Dirumah orang, kita sering mencuba menyesuaikan diri,
Dirumah orang, kita selalu menjadi serba salah,
Dirumah orang, kita selalu dalam keadaan malu-alah,
Dirumah orang, kita selalu mengalah.

Kali ke3 sering bermimpi pada laki yang sama. Bersediakah aku menjadi orang baru di rumah orang?

Friday, December 31, 2010

Kisah pwtc , yadim & pkaktikal


Assalamualikum..

Hari dalam sejarah saya menjaga booth di PESTA BUKU KANAK-KANAK tahun ni yang berlangsung di PWTC. Wah!! Hampir 100 booth yang mengambil bahagian dalam pesta buku ni. Antaranya booth yang saya jaga Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Selain itu booth pts, karangkraf, saba islamic media, mph & banyak sgt.  Ramai  kanak-kanak yang datang termasuk artis seperti Wardina, Ramli Sarip, S Samad Said, penulis-penulis novel, komik & wartawan dari tv3 , tv9 dan wartawan baru dari tv al hijrah iaitu ketua kumpulan nasyed devotes.




Alhamdulilah ...

Tamat sudah latihan industri saya di ( YADIM ) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Gembira + Teruja + Sedih = (",) Macam-macam perasaan yang timbul apabila habis praktikal. Kerja akaun yang saya buat, akan saya jadikan pengalaman pada masa hadapan. InsyaAllah saya tak akan lupakan jasa baik anda semua yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya terutama kak ton, kak aziah, abg zam, abg muzamil, abg mus, kak lenny, kak anim, kak rohaiza, kak sharniza, kak ina, abg fairus, abg sani & semua lah.haha ramai sgt.. Terima kasih semua. Walaupun pergi nya saya dari Yadim tanpa bos saya sebab dia cuti, saya akan selalu mengigati mereka. 

Terima Kasih sekali lagi ('',) 


"dua golongan dari ahli neraka, belum pernah saya lihat ialah segolongan manusia memegang cemeti seakan-akan ekor-ekor sapi ( sebagai alat mereka memukul orang ramai ) . Dan golongan yang lain iaitu kaum wanita berpakaian separuh telanjang yang mengajak / menjadi contoh buruk bagi wanita lainnya, berjalan lenggang-lenggok, rambutnya disasak sebagai bonggol unta miring; golongan wanita ini tidaklah akan masuk syurga, bahkan tidak akan dapat mencium baunya walaupun baunya itu semerbak sejauh perjalanan dan tempat ini dan itu"  

(H.A.Razak:terjemahan Shahih Salim;jld.3)

Oleh itu, insaflah wahai wanita-wanita sekalian. Hidup dan mati ditangan TUHAN. Buatlah azam baru pada tahun 2011 ini. Saya ingin mengigatkan pada kawan-kawan dan juga diri saya sendiri.


Wallahualam..#__#


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...