Pages

Monday, August 22, 2011

Hye dosa! Pergi jauh-jauh!


Anak2 gadis suka sangat upload gambr dalam FB,
Tunjuk aurat, control ayu, pakai seksi,
Semua tu nak tunjuk cantik & nak pikat laki,
Biar orang komen "cantik la awak ni",


Mulalah hidung kembang sampai kaki tak bepijak di bumi.
Gelegak dalam hati rasa bangga dengan kelebihan diri.





Ingat2 lah wahai ahli bumi,
Kelebihan tu semua Allah yang bagi,
Allah bagi bukan nak lebihkan kamu tapi nak uji,
Akhirat nanti Allah soal 1 persatu itu dan ini,


Allah tunjuk segala perbuatan kamu di dunia ni,
Masa tu dah tiada ruang untuk mengadu lagi,
Tunggu seksaan menanti kamu nanti,
Ingat2 lah wahai ahli bumi.

Kredit to : Sakaratul Maut

Tuesday, August 2, 2011

Kata-kata dari seorang abang


" Walau siapapun kita samada muslimin atau muslimat carilah jodoh itu kerana agamanya, lestarilah hidup ini, kalau rumah kecil pun sempit pasti rasa bahagia jika memilih pasangan hidup yang baik, tak kisah lah kalau diri ini dahulunya tidak baik, tetapi ingin berubah menjadi yg baik, namun masih kekurangan, itu tandanya Allah menyayangi diri kita.

Dan tanggungjawab kita pula untuk mencari pasangan yang baik untuk peroleh keluarga yang mawaddah sakinah wa rahmah..inshaAllah. Ana pun byk kelemahannya, tetapi itulah fitrah manusia yang perlu berusaha menjadi diri yang terbaik demi agama tercinta..amin "

Monday, August 1, 2011

Ahlan Wasahlan Ramadhan

Sesungguhnya bulan Ramadhan ini hanyalah sekali sahaja setahun. Ucaplah SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar, sebagai tanda kehambaan. Tidak semua orang dapat merasai apa yang kita rasa ketika berpuasa. Melaikan orang itu benar-benar beriman. Jika berpuasa sekadar tahan lapar dan dahaga, bagaimana pula dengan amalan-amalan lain ketika berpuasa?




Ketika semua umat islam sedang menunggu datangnya bulan yang mulia ini, 3 hari yang lepas saya telah hadiri ke Istiadat Konvokesyen kUiM di Sri Ngeri Melaka. Alhamdulilah majlis berjalan dengan lancar ketika saya berada di atas pentas untuk menerima anugerah daripada Perdana Menteri Melaka Ali Rustam.




Ini merupakan penganugerahan kami bersama selama 3 tahun di kUiM. Walaupun umur saya berbeza dan lebih muda dengan yang lain, hanya Allah sahaja yang tahu hati kami ketika bersama :)





Tahniah semua! Ada rezeki kita jumpa lagi, Insyallah. Selamat berpuasa :)

Saturday, July 30, 2011

kisah bohong dari awak

Salam. Hari ni mud ok campur tak ok. hehe.. Sebenarnya terharu sangat orang yang kita sayang bersusah payah datang dari jauh sebab nak buat kita bahagia. :) Tapi saya tak suka orang bohong dengan saya. Lagi-lagi awak yang saya sayang.
  1. Awak kata esok awak nak datang melaka tapi sebenarnya awak tengah dalam bas.
  2. Awak kata awak dalam bilik sekarang tengah kemas-kemas baju, tapi sebenarnya awak baru sampai melake.
  3. Awak kata awak berbuka puasa di rumah dengan mama awak sebab awak puasa nazar tapi rupa-rupanya di rumah kawan awak Melaka Sentral.



Makan malam saya jadi tak tenteram bila kawan saya kata dia jumpa awak tadi. Awak nak hadiahkan saya sesuatu pada malam tu tapi saya masih tak percaya kata bohong awak tu. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...