Pages

Friday, March 7, 2014

Kisah Kita : Bertunang

03.03.2013

Assalamualaikum!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Hehehe panjang sikit salam tu. Nak tahu nape?? Rinduuuuu!!!!! Lama sangat tak bukak blog ni. Start bulan March, laptop rosak. Masa dan hari yang sama kita tunang. Oh My! Strees! Alhamdulilah setahun baru laptop hidup balik :)
Nak dijadikan cerita, dah setahun tak update blog. 3March2013 kita bertunang. Dah sah jadi tunang orang. Masa tu tak rasa ape lagi. Jumpa kawan2 Kolej boleh gelak-gelak tak ingat dunia. Masa tu keluarga belah lelaki baru sampai and terus ayah aku suruh makan dulu. Lepas semua dah kenyang, mula la bincang. 
After that, ade orang ketut pintu bilik. Katanya masa untuk sarung cincin. Masa tu la baru rasa jantung macam nak jatuh. Keluar bilik je, semua mata ke arah aku. Mahu senyum ke telingga aku time tu. Hahaha..
  Haaa!! Ni la muka excited nak jumpa bakal mak mertua. Hahaha! Rindu masa ni. Thanks dayang-dayang yang setia dengan aku. Terharu sangat korang sanggup datang dari Seremban, Melaka and Pulau Pinang. Thanks kak eton yang tolong mek-up aku. And tolong iring aku untuk ilang rase nerves aku ni. :)


1st time cium tangan bakal mak mertua. Time sarung cincin, aku pon tak tahu nape tetibe tangan bergetar. Hahaha tetibe je kot!





Ciuman dari bakal mak mertua.Terkejut jugak tetibe "Mama" bakal suami cium pipi aku. Terharu sangat. Rasa macam dihargai. :) Dari luar aku nampak ayah aku macam nak menangis. Mungkin ayah rasa, anak dia kejap je dah membesar. hehehe.. :)

 

Apa yang dibincangkan, aku pon tak tahu. Masing-masing perot dah kenyang, tinggal aku dengan En Tunang je masih lapar lagi. T__T huhu.. Sob2!!



Dayang-dayang yang sporting. Thank you korang! Sayang korang!! Muuaahhhh!!!! :D

Ni muka real mereka. Haaaa rindu nyaaaaa saat nie!!! T___T Asal muka aku tak nampak?? hehehe..

Ni la En Tunang saya. MR MMZ. MMZ for Muhammad Maal Zainuddin. Hope Love till Jannah. Amin!!! Baru tunang, tak boleh dekat-dekat lagi.. Kannnn???????? :)

Ni hadiah sikit untuk tetamu. Sorry tak dapat jemput ramai. Buat kecik-kecik je. Alhamdulilah makan semua cukup walaupun kecik je majlis ni. Aku harap tak ada yang kecik hati. Nanti aku kawen, aku harap semua dapat datang. In sha Allah. :) 
Thank you pada sedara mara aku yang penat lelah masak. Mak and ayah. Abang sekeluarga. Jiran-jiran yang tolong sikit2 tu sampai ada kes gaduh2 malam and siang majlis tunang aku. Hahaha.. Thank you semua. Terutama sekali Mak and ayah. Love u allsssss!!! Muuaahh!! :D
Kisah kita bertunang sampai setahun 11hari. Persediaan nikah dengan sanding. Counting days. Waaaa 8hari je lagi nak jadi isteri orang. :)


1. Merisik                    041112
2. Bertunang               030313

In sha Allah akan datang :

3. Nikah                      150314
4. Sanding                  160314

Tuesday, February 26, 2013

Hanya kita!

Hai my lovely dairy! Assalamualaikum!!

Kita rasa kita pandai merancang, tapi kita lupa Allah lebih pandai menentukan. Dari tahun lepas lagi kita merancang untuk bersama. Tapi Allah menentukan untuk kita tahun ini. Saya mengaku, saya bahagia dengan awak selepas mak ayah saya terima awak. Awak sabar dengan ujian Allah, Allah bagi manisan pada awak. Tahniah awak!


Kita buat apa yang mampu. Kita tak kaya, kita tak miskin. Kita syukur dengan apa yang kita ada. Tapi kadang kala waktu kita bahagia, tak semua orang suka dengan kebahagiaan kita. Kita doakan mereka yang berjiwa kacau tu akan bersih hati melihat orang lain bahagia. :)



Mak kita ada sorang je anak perempuan. Kita lah kan. Bila mak nak buat lain dari orang lain, ada je orang iri hati. Tapi kita tak kisah apa pun orang nak cakap, yang penting kita! Hanya kita yang tahu. Hanya kita yang rasa. Saya tak sabar nak jumpa awak. 

See u awak! 030313!

Thursday, February 21, 2013

For You sahabat! See u all!! 030313

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa


Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh


Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku


Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku


Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu


Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku


Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku




Thursday, February 14, 2013

Dinner before abang Umrah

Assalamualaikum!

  My lovely brother! Dah 2x dapat pergi umrah percuma!! Jelez tahu tak!! 1st dia dapat pergi tahun lepas 2012. Masa tu musim panas. Balik umrah demam teruk. Kali kedua ni, dia call baru2 ni, tak sejuk sangat, tak panas sangat. Alhamdulilah. Adik harap abang sihat kerja disana. 

Before abang berangkat, 4hari sebelum tu, ayah ajak dinner. Abang cadang Restoran Saba, Dataran Jelatek,KL. Ayah pun dah lama tak makan kambing, tapi sampai2 je,mak oder Chicken Mandy. Lupa lak mak tak makan kambing sebab darah tinggi. Hehehe!!


 Makin berisi kan kakak ipar kita ni. Sebelum abang berangkat, dia mula muntah2. Cek Doktor rupa2nya ada isi di dalam. Call mak pagi2 buta nak bagi tahu dia bakal jadi ayah.. Hahaha!! Excited kau kan abang!!


 #Happy family. :)


 Nasi kambing ni, kita kongsi dengan future husband je tau!! Kuatnya kita makan.. :)

 

Nampak tak muka dia bila ayah amik kambing dia. Hahaha!! Awak dah dapat ayam dari mak, kambing pun nak berebut dengan ayah lagi. Hahaha!! Kuat makan. Muncit macam ayah perut tuuu!! :D

 



Mak tak abes chicken Mandy, bagi kat future husband. Mak kata, dulu layan menantu perempuan. Sekarang layan menantu lelaki pulak. Amboi mak!! Belum jadi menantu lagi tau!! :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...