Pages

Tuesday, August 31, 2010

raMadhan yaNg mulia





Semenjak aku berpuasa di kolej, aku selalu pulang ke rumah pada hujung minggu... mungkin disebabkan abang angkat aku selalu mendesak aku untuk call mak dirumah, aku menjadi kebiasaan untuk call mak.Nak di katakan setiap hari aku akan call rumah untuk bercakap dengan mak dan ayah aku. 

Seperti tahun lepas, aku tidak pernah balik ke rumah kerana sibuk dengan belajar, itu hanyalah alasan aku. tapi pada hakikatnya, aku tak suka berbuka di rumah kerana tension dengan mak. semenjak abang angkat aku hadir dalam hidup aku, segala nya telah berubah.


Pada tahun ni, setiap minggu aku akan balik ke rumah untuk berbuka. sudah menjadi kebiasaan aku untuk balik ke rumah hujung minggu. selepas tamat je class petang pukul 5, aku menaiki bas dari Masjid Tanah ke KL pukul 6 petang. aku akan berbuka dalam bas dan akan sampai ke bukit jalil pada pukul 8 malam.Penat memang penat,class dari pagi sampai petang class jumaat, tapi memandangkan aku hendak berbuka puasa dirumah, aku tidak terlalu penat.


28 ogos "member" aku nak berbuka puasa di rumah. Tapi disebabkan famly mak ngah pon mahu datang pada hari yang sama, "dia" tidak jadi datang. Mak tanya aku, "dia" orang mana?kelantan ke? kali ini mak aku seperti tahu yang aku dengan orang kelantan dahulu.Aku hanya menjawab "tak la, orang Pulau Pinang". Mak pun masak la gulai ikan sebab mak tahu, orang pening suka pada gulai.Tapi sayang nya "dia" tak jadi datang.

Mak cakap "orang yang datang rumah hanya lah bakal menantu sahaja" opsss....takut aku. Nasib baik "dia" tak jadi datang, kalau tak abes aku kene dengan abang mirul. Abang mirul dah la suka menyakat aku. :o
Tak ada rezeki orang cakap kalau tak dapat berbuka puasa bersama dengan si "dia. Tapi aku redha, kita hanya meranncang tapi hanya Allah sahaja yang menetukan nya.InsyaAllah ramadhan akan datang kita belum tahu akan berjumpa lagi atau tidak. Ajal maut ditangan Allah. Semoge aku dapat berjumpa lagi pada ramadhan akan datang, insyaAllah...(mujahidinsoleh)

Amin.....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...