Pages

Tuesday, January 25, 2011

Mereka Suami Isteri


Assalamualaikum!

Alhamdulilah bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya, mereka telah selamat diijab kabulkan. Ana bahagia melihat mereka disatukan. Cantikkan kakak pada gambar ( kanan ) atas ni. Nama dia Hafizah Jamal. Beliau adalah bekas pelajar di Sekolah ana dahulu dan merupakan senior ana. Berketurunan Singapore dan berumur dalam lingkungan 20an. Tema majlis ala-ala Chinese.

Berdebar rasa ana mahu datang majlis yang diadakan oleh bapa mertuanya minggu lepas. Majlis berlangsung di Batu Berendam, Melaka. Hanya 45 minit ana sampai ke majlis persandingannya dari perkarangan Kolej Universiti ana. Tangan ana menjadi sejuk pabila sampai di situ, kenapa? ana sendiri pun tak tahu. Mungkin sebab terharu mereke sudah bergelar suami isteri. Ana doakan kak fiza bahagia kekal sampai ke akhir hayat ok.!  

Dalam sebuah hadith, Rasulullah saw telah bersabda :
Kami tidak akan mengatakan, kecuali perkataan yang diredhai Tuhan kami.

Semoga kalian mendapat keredhaan Allah. Amin ya rabal alamin...

Dalam hadith lain :
"Sesiapa yang telah berkahwin dikalangan kamu maka dia telah sempurnakan separuh dari urusan agamanya dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada setengah atau separuh urusan agama yang selebihnya".

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...