Sesungguhnya bulan Ramadhan ini hanyalah sekali sahaja setahun. Ucaplah SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar, sebagai tanda kehambaan. Tidak semua orang dapat merasai apa yang kita rasa ketika berpuasa. Melaikan orang itu benar-benar beriman. Jika berpuasa sekadar tahan lapar dan dahaga, bagaimana pula dengan amalan-amalan lain ketika berpuasa?
Ketika semua umat islam sedang menunggu datangnya bulan yang mulia ini, 3 hari yang lepas saya telah hadiri ke Istiadat Konvokesyen kUiM di Sri Ngeri Melaka. Alhamdulilah majlis berjalan dengan lancar ketika saya berada di atas pentas untuk menerima anugerah daripada Perdana Menteri Melaka Ali Rustam.
Ini merupakan penganugerahan kami bersama selama 3 tahun di kUiM. Walaupun umur saya berbeza dan lebih muda dengan yang lain, hanya Allah sahaja yang tahu hati kami ketika bersama :)
Tahniah semua! Ada rezeki kita jumpa lagi, Insyallah. Selamat berpuasa :)
tahniah!!=)
ReplyDeletelepas ni awak pulak :)
ReplyDelete