Pages

Monday, January 24, 2011

Calon kakak Ipar ku?

Assalamualaikum !



Tajuk pada hari ini mengenai "ORANG LUAR" !! Orang luar yang akan memasuki alam keluargaku. Teringin hati untuk mendapat kakak ipar cepat supaya i pun boleh kahwin cepat. HAHAHA!! Gatal ke atau ape ni? Actly i bukan gatal, tapi ingin percepatkan segalanya disebabkan kerisauan seorang ibu terhadap anak perempuannya ni. Lagi pun, syurga seorang isteri terletak pada suaminya. So, lepas i akan kahwin nanti, syurga i bukan di bawah tapak kaki ibu lagi kan? Ya i know that!!

 "Wanita-wanita yang keji untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji untuk wanita-wanita yang keji (pula) dan wanita-wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik (pula)." - Surah An-Nur: Ayat 26

Pada i, kakak ipar itu mestilah citarasa abang i. Bukan I yang akan kahwin dengan dia pun kan. So, i tak cerewet untuk terima/memilih kakak ipar yang macam mana pun. Tapi "dia" mestilah baik, pandai buat lawak, comei macam i :) , tahu agama, boleh bimbing abang i, seorang yang tahu menjaga aib suami, dan boleh mendidik anak-anak abang i dan "dia" nanti. Semoga bakal kakak ipar I dapat terima abang i seadanya dengan keluarga yang baru. 



“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...